TELEKUNG UNTUK PUTERI

Sunday, April 26, 2009

KELAS JAHIT TUDUNG


Kalau anda tak dapat ke rumah kak zai..kak zai boleh ke tempat anda (kl/selangor) kalau ada beberapa orang kawan yang minat nak belajar, boleh atur hari dan masa yang sesuai.
ASSALAMUALAIKUM

Kalau ada orang nak beli pola tudung, biasanya kak zai akan tanya ada pengalaman menjahit ke.
Sebab kalau tak ada pengalaman menjahit agak susah nak jahit tudung tu. Nak gunting kain ok..tapi bahagian nak sambung awning ke badan tudung tu tricky sikit.
Biasanya peserta kelas jahitan kat rumah tu akan sebut "oh mcm tu" "oo gitu". Mungkin baru faham bagaimana tudung tu terbentuk di bahagian muka.
Jadi lebih baik lah berguru dari beli pola dan baca arahan tapi masih tak faham.

Tuesday, April 21, 2009

POLA TUDUNG

Lepas Subuh nak buat pola tudung, ada 2 tempahan ni. InsyaALLAH kalau sempat boleh letak gambar pola di sini. Pola ala Hajaba pun dah ada. Dalam minggu mesti nak jahit sehelai tudung ala Hajaba untuk diri sendiri baru boleh promote.
Sebelum tidur tadi dah siapkan 10 helai barut baby, tempahan dari Bentong Pahang. Hari ni nak gunting dan jahit alas meja, alas peti sejuk dan sarung microwave, tempahan dari orang yang sama.
Kak zai beli kain dari Nagoya Jln TAR..cantik la bunga dia, pink dan biru.

Thursday, April 16, 2009

KELAS JAHIT TUDUNG DIRUMAH KAKYON










AHAD 12 APRIL 2009

Pukul 11.30 pg dah mula perjalanan ke Shah Alam. Naik bas Rapid ke Terminal Putra. Naik LRT ke KL Sentral. Naik komuter ke Shah Alam. Kakyon n anak perempuan datang ambik kat stesyen komuter. Rumah kakyon di Sek 17...lawa rumah kakyon. Dihias english style gitu.
Solat Zuhur..tunggu kawan2 kakyon sampai, 5 orang semuanya.
Sebaya kak zai hampir semuanya..apalagi bersembang lah sambil gunting kain, jahit tudung tu.
Takde masalah, masing2 gotong royong tolong gosok awning, tolong jahit. Akhirnya masing2 dapat sehelai tudung yang siap dijahit kecuali bahagian tepi je nak dihantar ke kedai utk jahit halus.
Lepas kelas kakyon jamu makan lagi..puding caramel, kuetiow goreng, kueh..thanks kakyon.
Solat Asar..kakyon hantar ke stesyen komuter. Ke KL Sentral jumpa anak2. Birthday anak no 2
kami makan di Danau Kota.

Monday, April 6, 2009

POLA TUDUNG UNTUK DIJUAL

assalamualikum

kak zai ada jual pola ala ariani RM10 sahaja termasuk pos. Dari asas pola ni boleh pelbagaikan
corak lain mengikut kretiviti sendiri. kak zai sertakan sekali template kain gam untuk half awning.
jika berminat sila sms 0194370438.

JAHIT TUDUNG SENDIRI JIMAT KOS !