TELEKUNG UNTUK PUTERI

Monday, December 26, 2011

KELAS JAHIT TUDUNG..HUJUNG TAHUN

Kelas terakhir 2011.... gambar atas, Ina mejahit dan menggayakan tudung.

Kak zai bergambar dengan CT...ingatkan kelas dengan CT ialah yang terakhir untuk tahun ini tapi bila dapat panggilan dari Ina, baru teringat ada lagi satu kelas.



Azni dan Mas...



.....belajar jahit telekung.

Sesi bergambar sebelum balik.


Maka berakhirlah kelas2 untuk tahun 2011. Ada beberapa kelas yang kak zai lupa atau tak sempat ambil gambar. Apapun kak zai doakan semua yang pernah datang belajar atau membeli kit permulaan menjahit tudung telah berjaya mendapat ilmu baru dan seterusnya ilmu itu digunakan untuk menambah pendapatan atau sekurang2nya dapat menjahit tudung untuk diri sendiri dan keluarga.


Saturday, December 10, 2011

LOGO DAN MOTO


INGAT TUDUNG INGAT AURAT IKUT SYARIAT

==<>==<>==<>==<>==<>==<>==<>==

Mengapa kita pakai tudung? Adakah ia timbul dari hati? Adakah kita terikut dengan penampilan kawan2?
Atau teruja dengan fesyen tudung masakini?
Adakah kita pakai tudung kerana taat pada perintah Allah? Atau desakkan/permintaan keluarga dan suami?

Apapun alasan anda, perbetulkan niat. Niatlah kerana Allah dan pakailah sebagaimana yang dituntut.

Disebalik sekeping kain itu ada kecantikan yang hanya boleh dinilai oleh YANG MAHA MENCIPTA.

Bertudung untuk menutup aurat dan mengikut syariat.



Friday, December 9, 2011

JOM>>>>>>>giveaway

ZAIRAZONE'S FIRST EVER GIVEAWAY


December is my birth month and the date is creeping near. At 55, I feel blessed..Allah is so compassionate upon me. Whatever trial and tribulation I have gone through in life have made me wiser.

Allow me to share with 10 people some gifts from my zone.

All you have to do is...

be a follower of this blog
leave a comment below
and
if you blog about this giveaway I'll be happy
if not..its ok with me.

I'll choose the winners on the 24 December which is my birthday.
The announcement will be made on the 26 December.

What are the gifts?

Mug rugs
Dustbin covers
Shopping bags

The 10 lucky ladies will get to choose from the list above.

So ladies come join my first ever GIVEAWAY!


Siapa minat sila ke ZAIRAZONE :))))
my other blog!

Thursday, December 8, 2011

TUDUNG LABUH BERLAPIK DAGU






5 HELAI TUDUNG LABUH DENGAN LAPIK DAGU BERLAINAN WARNA
TEMPAHAN DARI SEORANG HAJJAH

LABUH 25" DARI DAGU

SENGKUAP LEMBUT TANPA PENGERAS

Monday, December 5, 2011

KELAS JAHIT TUDUNG

Bersama Azu dari Rawang....mula2 buat part time Azu pastu full time. Bekerja dari rumah asalkan berdisiplin MESTI berjaya.

Che De (Ramlah) dari Kuala Terengganu, kebetulan bercuti di Sri Gombak, terus dtg belajar.
Banyak perancangan Che De..mudah2an berjaya.


Bertahun kenal Mila di internet...sambil belajar jahit lapik dahi telekung sambil bersembang..baru Kak Zai tahu Mila ialah blogger dan forum-er yang dah kenal lama.
Mila dah pandai jahit tudung hanya datang untuk belajar bab telekung.
Sebenarnya Mila pandai jahit macam2..minat kita sama kan Mila..:)

Thursday, December 1, 2011

CARA TETAS JAHITAN

Kak zai kurang puashati dengan jahitan sengkuap ni jadi kena tetas keseluruhannya.
Terpaksa lakukan dengan cermat supaya kain tak rosak.

Guna jarum untuk putuskan jahitan...

..tarik benang seberapa panjang yang boleh kemudian tarik dengan kuat sampai putus.

Sebahagian jahitan sudah dicabut benangnya, tarik lagi benang cara yang sama hingga selesai.

Hasilnya..cepat, selamat dan kain tak rosak.