TELEKUNG UNTUK PUTERI

Thursday, October 20, 2011

TIP JAHIT TUDUNG...RENDA ATAS SENGKUAP





Seorang bakal jemaah Haji tempah tudung ziarah tapi dia nak letak renda disengkuap.

Susah juga nak cari kain renda yang boleh 'stretch' jadi kak zai beli cekak rambut renda, gunting

sambungannya dan jahit di sengkuap. Kain untuk sengkuap sekeping sahaja tak perlu 2 keping.

Cara jahit saperti biasa.

Pelanggan ni nak 2 tudung, dengan renda hitam dan renda putih.

Mudah2an dapat Haji Mabrur.

Friday, October 7, 2011

TIP JAHIT TUDUNG..SENGKUAP

Gambar di atas menunjukkan sengkuap yang telah dicantum ke badan tudung.. Sebelum mencantum bahagian hadapan, pastikan 'tulang' cantuman pertama dalam keadaan sama dan boleh pinkan bahagian itu. Jika bahagian hadapan badan tudung tidak sama, gunting lebihan kain lepas itu jahit dari dagu ke bawah. Cara ini akan memastikan tulang cantuman hadapan berada di tengah dagu dan tulang cantuman sengkuap berada di pipi pada paras yang sama.
Gambar di atas ialah bahagian bawah tudung selepas cantuman, perhatikan lebihan kain yang  mesti digunting supaya sama. JANGAN TARIK KAIN KETIKA MENJAHIT.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...