TELEKUNG UNTUK PUTERI
▼
Sunday, January 26, 2014
KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 25/1/14
Nor Zeelah dari Taman Koperasi Polis.
Syarifah dari kelas minggu lepas datang sekejap.
Sabariah dari Melaka.
Jahitan tindih kasih di keliling muka telekung.
Masa untuk bergambar.
Melangkah masuk ke dewan Masjid, terus nampak pelamin yang cantik. Ada majlis perkahwinan rupanya.
Kelas kali ini pesertanya yang rasmi dari dekat dan jauh.
Yang dekat Nor Zeelah dari Taman Koperasi Polis dan yang jauh Sabariah dari Melaka.
Kesian Sabariah, tersesat jalan dan lambat masuk kelas.
Masing masing dah mahir menjahit jadi mudah menyedut ilmu baru.
Kak zai doakan kejayaan menjadikan telekung satu perniagaan.
Sunday, January 12, 2014
KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 11.1.14
Puan Latifah dari Pinggiran Batu Caves.
Puan Rafida dari Bangi.
Puan Syarifah dari Taman Melati.
Kelas pertama 2014. Sungguh ceria walaupun hanya 3 orang.
Selamat maju jaya semoga ilmu menjadi sumber rezeki yang berkat.
Tuesday, January 7, 2014
KELAS JAHIT TELEKUNG
Tempat : MASJID AL KHAIRIYAH TAMAN SRI GOMBAK
Masa : 9.00 pagi sehingga 6 petang.
Yuran : RM220
Deposit : RM50
Peserta akan diberi Nota Jahitan 3 dalam 1 tambah 1. Kain dan renda. Juga pola muka 3 saiz untuk telekung dan pola tudung.
Peserta bawa mesin portable dan alatan jahit.
Kelas terhad kepada 6 peserta sahaja.