TELEKUNG UNTUK PUTERI

Monday, April 28, 2014

KELAS JAHIT TELEKUNG DI KULIM 26/4/14






































Hujung minggu, bergerak ke utara. Kulim dulu sebuah pekan kecil tempat dibesarkan, bersekolah hingga menengah. Alhamdulillah sekali sekala kita balik kampung..atau balik pekan. Kulim dah lama dinaiktaraf jadi Bandar.

Kali ini memenuhi undangan mengajar jahit telekung kepada sekumpulan wanita gigih yang ingin menambah ilmu.  Kelas tajaan adik beradik yang ingin beramal.

Dengan bantuan anak bongsu, kelas berjalan lancar dan 14 orang peserta dapat siapkan 14 helai telekung.
Telekung yang siap akan diwakafkan ke masjid dan surau.

Mudah2an perkongsian ilmu Allah ini akan memberi manafaat kepada semua yang terlibat.

Thursday, April 24, 2014

KIT TELEKUNG





KIT TELEKUNG MENGANDUNGI:

BUKU PANDUAN MENJAHIT TELEKUNG
POLA MUKA, LAPIK DAHI DAN DAGU
KAIN SIAP GUNTING UNTUK SEHELAI TELEKUNG 
RENDA LEBAR 2" UNTUK 4 METER.

HARGA RM100 TERMASUK POSLAJU (HARGA PROMOSI)


Tuesday, April 8, 2014

KELAS JAHIT TELEKUNG DI PUTRAJAYA 7/4/14







Dijemput ke Putrajaya.

Cantik lapik dahi yang dijahit guna benang sulam pelbagai warna. 

Peserta kelas..Rosnah dan Zami.

Sunday, April 6, 2014

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID ALKHAIRIYAH SRI GOMBAK 6/4/14



 Zaina dari Penchala.

 Fitriah dan Amalina dari UIA


 Cantik jahitan bunga atas lapik dahi..jahitan Zaina menggunakan mesin Singer Confidence.



 Gurau senda orang muda sambil menjahit..





Bergaya sebelum bersurai.

Kelas hari ini dihadiri oleh Zaina yang dah lama berhajat nak belajar jahit telekung. Juga dua orang pelajar UIA yang belajar untuk tujuan amal.  Fatiah dan Amalina akan ajar ilmu ini kepada sebuah rumah kebajikan di Rawang.

Selamat berjaya kepada mereka. 
Mudah2an usaha dan niat murni diberkati.

Saturday, April 5, 2014

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 5/4/14


 Rokiah dan Rafidah dari Wangsa Maju.






 Bilik akad nikah di Masjid al Khairiyah Sri Gombak dihias cantik.

 Mesin Janome ada model ni..

 Renda kecil untuk hiasan di lapik dahi. Penambah seri.

 Akhir jahitan ialah renda di bahagian bawah telekung.

Sesi wajib..bergambar selepas siap telekung dijahit.




Sekitar kelas jahit telekung hari ini. 
Walaupun dah lama tak pegang mesin jahit, dapat juga siapkan dengan elok.
Practice makes perfect.