TELEKUNG UNTUK PUTERI

Sunday, December 28, 2014

TESTIMONI TELEKUNG KANAK KANAK..TELEKUNG UNTUK PUTERI






Perkongsian hasil jahitan Telekung untuk Puteri. 
Bila Ibu pandai menyulam..inilah hasilnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Copy paste chat dengan Ibu:

Zaida nk tnjuk hasil Telekung utk Puteri..

Alhamdulillah...br je siap pg td...sbnr nye segan nk tnjk sbb x brp kemas lg...maklum lh nie hasil pertama...

Ank umr 10 thn

Terpaksa sulam sbb dh beli renda,..blk rmh tgk cam x sesuai plk renda tu nk bt telekung..

A, ah..tpanjang sikit tu...sbb x dpt nk agak ukuran muka..ms zaida bt telekung nie,..ank blk kg rmh mak..

Insyaallah...nnti bt kali kedua zaida post smula kt k.zai..

Apapn t.ksh banyak2 kt k.zai...

Nota Telekung utk Puteri sgt2, mbantu sy..senang fhm..

Thursday, December 25, 2014

TESTIMONI TELEKUNG KANAK KANAK..TELEKUNG UNTUK PUTERI








Comelnya.

Ini hasil jahitan Ibu ibu untuk Puteri mereka.

Harga buku RM25 tidak termasuk pos penghantaran.






Tuesday, December 23, 2014

PENANDA BUKU DARI PERCA KAIN








Kain perca yang kecil kecil boleh dijadikan penanda buku.

Caranya:

Gunting kain perca mengikut bentuk yang disukai, Cantik jika guna gunting zigzag.  
Letak kain perca tadi di antara laminating film. Kumpul banyak banyak sebelum dipanaskan laminator.
Setelah laminator panas, masukkan laminanting film.
Lepas tu tebuk lubang.
Ikat riben panjang.
Siap.

Boleh dijadikan door gift untuk semua majlis.  Hanya tambah nama majlis dan tarikh supaya lebih diingati.

Monday, December 22, 2014

TALI PENGIKAT KOTAK HADIAH DARI KAIN PERCA







Macam macam benda boleh dihasilkan dengan kain perca. Contoh di atas ialah kain perca yang panjang mungkin 1 meter atau lebih dijadikan tali pengikat hadiah juga bunga yoyo sebagai hiasan tambahan.

Caranya:

Gunting kain perca panjang panjang. Dijahit cantum menjadi panjang pun boleh.
Lipat dan jahit.
Gunting bulat untuk bunga yoyo.  Lipat ke dalam dan jelujur keliling, tarik dan matikan jahitan.
Ikat kotak/bungkusan hadiah mengikut kretiviti.

Saturday, December 20, 2014

MAKEUP BAG




When you cannot sleep you sew.

I came across this video on youtube and decided to try the technique.

The fabric was given to me by my lovely blogger friend Rosni of http://nykolett.blogspot.com/

Wednesday, December 17, 2014





Pencil cases for orphans. Sew simple. Sewn simply for the needy.

Friday, December 12, 2014

MESSAGE DARI PEMBELI



Assalamualaikum Kak Zai...x tau mn nak mulakan....Sy ni bknnya pandai menjahit...0 basic katakan. Tapi tulah, sejak sy ada fb ni sy tgk ramai org dok jual on9...Terfikir jgk, knp diri sendri x cuba. Nak jual apa...sy xnak jual brg2 akan menyekat pahala @ menghalang sy dri masuk syurga .contoh produk kecantikkan. cantik diluar rumah, depan suami sendiri ..hangcus....Fikir2..nak ajak org beramal & harapan sy, pahala utk saya akan berterusan bila saya dah tiada di dunia ni. Jual Telekung. Search punyer search. jupe blog kak Zai, sy cuba beli pola...mmg hentam kromo jahitan saya. Ade le beberapa psg telekung atas terkorban. tu cerita tahun lepas, ..Bila dah ok, kwn2 kata ok jahitan sy, sy mula jual on9...Alhamdulillah...Rezeki saya, ada org sudi membeli & mendpt feedback yg baik dri mereka & ada yg mendoakan utk sy. Alhamdulillah. 2 hari sudah, mcm biasa sy ke kedai jahit tepi utk jahit tepi telekung2 saya tu. Tuan kedai tanya: buat bisnis ke , sy jawap : ye...tp kecil2an la. Dia tnya jugak, brp jam saya perlukan utk jahitkaan sepsg telekung. Sy jawap lah. 2-3 jam. Setelah dibedek2 jahitan sy tu, tuan kedai kata: Kalau begitu saya bg awak job nak? Naklah, dia bagi saya jahit telekung2 customer dia. Dia dptkan customer utk sy & semua atas saya, dan saya dibenarkan meletak telekung2 hasil jahitan saya dikedainya. Allahuakbar, kak Zai.. gembira + nak nangis pun ada. Itulah,Allah nak bg rezeki kan. Sejak semalam, sy dpt title "Tukang Jahit Sepenuh Masa" Terima kasih kak Zai, atas jualan pola telekung tu & tlg doakan kejayaan saya yer. Assalamualaikum

Chat Conversation End

Monday, December 8, 2014

TELEKUNG UNTUK KANAK KANAK..TELEKUNG UNTUK PUTERI





Kata orang 'melentur buluh biar dari rebung'. Melatih anak solat pun biar dari kecil.

Jom ibu ibu, jahit sendiri telekung untuk anak anak.

Anak perempuan bagaikan Puteri.

Jahit cantik cantik telekung untuk Puteri.

Ramai ibu sanggup jahit baju Elsa seperti dalam filem Disney Frozen.  Kenapa tidak jahit telekung?

Air tangan ibu dalam masakan begitu jugalah hasil tangan ibu dalam jahitan.




Sunday, December 7, 2014

JOM JAHIT STOKING





Alhamdulillah, Dua hasil kerjatangan mendapat tempat dalam Majalah Dara.com keluaran Disember 2014.

Kain perca dimanfaatkan menjadi stoking dan juga penanda buku.

Stoking jahitan dari perca menjadi viral seketika bila mula mula diperkenalkan cara menjahitnya.
Ramai yang telah membeli nota dan pola.  Dari menjahit untuk diri sendiri ada yang menjadikan jahitan stoking sebagai perniagaan kecil kecilan.

Permintaan jahitan pukal pun ada dari peniaga peniaga.  Jika ada rezeki penjahit dan peniaga akan diperkenalkan.




Wednesday, December 3, 2014

JOM JAHIT STOKING





Mudahnya jahit stoking sendiri. Boleh ubah saiz boleh ubah ketinggiannya.  Pilih jenis kain yang agak tebal yang pasti mesti anjal.