TELEKUNG UNTUK PUTERI
▼
Sunday, December 28, 2014
TESTIMONI TELEKUNG KANAK KANAK..TELEKUNG UNTUK PUTERI
Perkongsian hasil jahitan Telekung untuk Puteri.
Bila Ibu pandai menyulam..inilah hasilnya.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Copy paste chat dengan Ibu:
Zaida nk tnjuk hasil Telekung utk Puteri..
Alhamdulillah...br je siap pg td...sbnr nye segan nk tnjk sbb x brp kemas lg...maklum lh nie hasil pertama...
Ank umr 10 thn
Terpaksa sulam sbb dh beli renda,..blk rmh tgk cam x sesuai plk renda tu nk bt telekung..
A, ah..tpanjang sikit tu...sbb x dpt nk agak ukuran muka..ms zaida bt telekung nie,..ank blk kg rmh mak..
Insyaallah...nnti bt kali kedua zaida post smula kt k.zai..
Apapn t.ksh banyak2 kt k.zai...
Nota Telekung utk Puteri sgt2, mbantu sy..senang fhm..
Thursday, December 25, 2014
TESTIMONI TELEKUNG KANAK KANAK..TELEKUNG UNTUK PUTERI
Comelnya.
Ini hasil jahitan Ibu ibu untuk Puteri mereka.
Harga buku RM25 tidak termasuk pos penghantaran.
Tuesday, December 23, 2014
PENANDA BUKU DARI PERCA KAIN
Kain perca yang kecil kecil boleh dijadikan penanda buku.
Caranya:
Gunting kain perca mengikut bentuk yang disukai, Cantik jika guna gunting zigzag.
Letak kain perca tadi di antara laminating film. Kumpul banyak banyak sebelum dipanaskan laminator.
Setelah laminator panas, masukkan laminanting film.
Lepas tu tebuk lubang.
Ikat riben panjang.
Siap.
Boleh dijadikan door gift untuk semua majlis. Hanya tambah nama majlis dan tarikh supaya lebih diingati.
Monday, December 22, 2014
TALI PENGIKAT KOTAK HADIAH DARI KAIN PERCA
Macam macam benda boleh dihasilkan dengan kain perca. Contoh di atas ialah kain perca yang panjang mungkin 1 meter atau lebih dijadikan tali pengikat hadiah juga bunga yoyo sebagai hiasan tambahan.
Caranya:
Gunting kain perca panjang panjang. Dijahit cantum menjadi panjang pun boleh.
Lipat dan jahit.
Gunting bulat untuk bunga yoyo. Lipat ke dalam dan jelujur keliling, tarik dan matikan jahitan.
Ikat kotak/bungkusan hadiah mengikut kretiviti.
Saturday, December 20, 2014
MAKEUP BAG
When you cannot sleep you sew.
I came across this video on youtube and decided to try the technique.
The fabric was given to me by my lovely blogger friend Rosni of http://nykolett.blogspot.com/
Wednesday, December 17, 2014
Friday, December 12, 2014
MESSAGE DARI PEMBELI
Assalamualaikum Kak Zai...x tau mn nak mulakan....Sy ni bknnya pandai menjahit...0 basic katakan. Tapi tulah, sejak sy ada fb ni sy tgk ramai org dok jual on9...Terfikir jgk, knp diri sendri x cuba. Nak jual apa...sy xnak jual brg2 akan menyekat pahala @ menghalang sy dri masuk syurga .contoh produk kecantikkan. cantik diluar rumah, depan suami sendiri ..hangcus....Fikir2..nak ajak org beramal & harapan sy, pahala utk saya akan berterusan bila saya dah tiada di dunia ni. Jual Telekung. Search punyer search. jupe blog kak Zai, sy cuba beli pola...mmg hentam kromo jahitan saya. Ade le beberapa psg telekung atas terkorban. tu cerita tahun lepas, ..Bila dah ok, kwn2 kata ok jahitan sy, sy mula jual on9...Alhamdulillah...Rezeki saya, ada org sudi membeli & mendpt feedback yg baik dri mereka & ada yg mendoakan utk sy. Alhamdulillah. 2 hari sudah, mcm biasa sy ke kedai jahit tepi utk jahit tepi telekung2 saya tu. Tuan kedai tanya: buat bisnis ke , sy jawap : ye...tp kecil2an la. Dia tnya jugak, brp jam saya perlukan utk jahitkaan sepsg telekung. Sy jawap lah. 2-3 jam. Setelah dibedek2 jahitan sy tu, tuan kedai kata: Kalau begitu saya bg awak job nak? Naklah, dia bagi saya jahit telekung2 customer dia. Dia dptkan customer utk sy & semua atas saya, dan saya dibenarkan meletak telekung2 hasil jahitan saya dikedainya. Allahuakbar, kak Zai.. gembira + nak nangis pun ada. Itulah,Allah nak bg rezeki kan. Sejak semalam, sy dpt title "Tukang Jahit Sepenuh Masa" Terima kasih kak Zai, atas jualan pola telekung tu & tlg doakan kejayaan saya yer. Assalamualaikum
Chat Conversation End
|
Monday, December 8, 2014
TELEKUNG UNTUK KANAK KANAK..TELEKUNG UNTUK PUTERI
Kata orang 'melentur buluh biar dari rebung'. Melatih anak solat pun biar dari kecil.
Jom ibu ibu, jahit sendiri telekung untuk anak anak.
Anak perempuan bagaikan Puteri.
Jahit cantik cantik telekung untuk Puteri.
Ramai ibu sanggup jahit baju Elsa seperti dalam filem Disney Frozen. Kenapa tidak jahit telekung?
Air tangan ibu dalam masakan begitu jugalah hasil tangan ibu dalam jahitan.
Sunday, December 7, 2014
JOM JAHIT STOKING
Alhamdulillah, Dua hasil kerjatangan mendapat tempat dalam Majalah Dara.com keluaran Disember 2014.
Kain perca dimanfaatkan menjadi stoking dan juga penanda buku.
Stoking jahitan dari perca menjadi viral seketika bila mula mula diperkenalkan cara menjahitnya.
Ramai yang telah membeli nota dan pola. Dari menjahit untuk diri sendiri ada yang menjadikan jahitan stoking sebagai perniagaan kecil kecilan.
Permintaan jahitan pukal pun ada dari peniaga peniaga. Jika ada rezeki penjahit dan peniaga akan diperkenalkan.
Wednesday, December 3, 2014
JOM JAHIT STOKING
Mudahnya jahit stoking sendiri. Boleh ubah saiz boleh ubah ketinggiannya. Pilih jenis kain yang agak tebal yang pasti mesti anjal.
Thursday, November 27, 2014
JOM JAHIT STOKING
Bicara gambar pertama.
Aurat yang wajib ditutup tapi ramai mungkin tidak tahu. Jom tutup aurat dengan sempurna.
Bicara gambar kedua.
Ada kain yang anjal, ada mesin jahit, ada nota dan pola stoking dah jadi benda.
OK..bicara pendek je :)
Thursday, November 13, 2014
TELEKUNG UNTUK PUTERI
BISMILLAH.
ALHAMDULILLAH.
Akhirnya impian menukarkan bukunota jahitan telekung kepada Buku tercapai.
Bermula dengan Nota Jahitan Telekung di awal 2013, diikuti dengan buku nota jahitan telekung kanak kanak yang dinamakan TELEKUNG UNTUK PUTERI dalam tahun 2014.
Inshaallah Nota Jahitan Telekung juga akan ditukar menjadi .Buku.
Sepanjang pengetahuan, belum ada mana mana syarikat penerbitan yang menerbit Buku mengenai jahitan telekung. Mudah2an Buku buku ini akan menjadi pemecah pandangan dan pendapat yang jahitan telekung tidak 'glamour' dan tidak menjanjikan pulangan yang lumayan.
Pada mata kasar memang begitulah, menjahit kain putih untuk dipakai ketika solat tidak menarik, tidak ada bentuk istimewa, tidak ada.....'glamour'.
Apakah kelebihan menjahit telekung? Dilakukan dengan niat yang betul, ia mendatangkan pahala yang tidak nampak di mata. Ia mendatangkan satu kepuasan bila telekung yang dijahit dibawa ke Tanah Haram untuk ibadat Umrah dan Haji.
TELEKUNG UNTUK PUTERI, Buku ini ditulis dengan niat dapat membantu
para Ibu menjahit sendiri telekung untuk Puteri puteri. Apa sahaja yang dibuat sendiri akan menjimatkan wang ringgit.
Kandungan Buku bermula dengan bahan bahan yang diperlukan, cara mengambil ukuran sehinggalah cara menjahit telekung dan kainnya.
Ada anggaran ukuran untuk Pjuteri Puteri yang berumur 1 tahun hingga 12 tahun.
Ada 34 mukasurat penuh warna warni dicetak atas kertas yang bermutu tinggi.
Saiz A5.
Harga RM25 Semenanjung
RM27 Sabah /Sarawak
TIDAK TRMASUK KOS PENGHANTARAN.
Untuk pembelian sila hubungi 0123569717 atau email zairafim@yahoo.com
Saturday, October 25, 2014
Wednesday, October 22, 2014
KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID ALKHAIRIYAH SRI GOMBAK 18/10/14
Liyana dari Batu Caves.
Haiza dari Keramat.
Kelas jahit telekung Sabtu 18/10/14. Kedua2 peserta bawa anak kecil yang dijaga suami masing masing. Jadi masing masing nak balik awal. Laju je mereka jahit. Lepas waktu Zohor dah hampir siap keseluruhan.
Sunday, October 12, 2014
KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH 11/10/14
Kelas jahit telekung hari ini dihadiri oleh Puan Linda dari kejiranan..Kristal Heights.
Seorang peserta sahaja tapi kelas diteruskan. Yang penting perkongsian ilmu.
Linda dapat jahit dengan baik walaupun ada sikit proses tetas di sana dan di sini.
Alhamdulillah.
Ok Linda, jangan lupa jahit lagi telekung.