TELEKUNG UNTUK PUTERI

Monday, March 28, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 27/3/16













 Puan Noorlida dari Sentul.


 Puan Tiey dari Subang Jaya.


 Puan Shidah dari Kepong.

 Puan Aida dari Kepong








Kelas jahit telekung yang terakhir untuk bulan Mac 2016.

Suka tengok kerjasama para peserta menggunting kain.

Puan Shidah dan Puan Aida memang dah pakar menjahit jadi ilmu baru cepat menjadi. 2.45 petang dah siap telekung hampir keseluruhannya kecuali tindih bawah keliling renda.

Didoakan semoga semua 4 peserta kelas dapat menjahit dengan baik dan menjadikan telekung sebagai timbunan pahala.


Wednesday, March 23, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYIAH SRI GOMBAK 20/3/16



 Mesin lama pasti berjasa.

 Puan Norliza dari Keramat.

 Puan Alin dari Kuala Pilah.



 Masing masing jahit 2 jenis lapik dahi.

 Gunting pola muka.

 Banyaknya jarum peniti.

 Jahit renda di bahagian bawah.


 Masa untuk mencuba hasil jahitan.

 Wefie?

 Wefie lagi.

Penerangan cara gunting lapik2. Bergoyang jari jari cikgu.


Jauh Puan Alin datang, nun dari Kuala Pilah.  Bila bertemu Puan Norliza rupanya asal Kuala Pilah juga.

Jodoh sekelas orang sekampung.

Mudah2an berjaya menghasilkan telekung yang lebih kemas dari yang dijahit dalam kelas.

Monday, March 14, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 13/3/16

















Ini kisah gigih seorang Ibu.

Kelas yang sepatutnya disertai 3 orang jadi seorang.

Allah sudah atur begitu.

Puan Laili dari Bukit Beruntung, rupanya tiada banyak asas menjahit.  Hanya ada sebuah mesin jahit portable yang dibeli dari Lazada dengan harga tak sampai RM200.

Tapi beliau ada semangat, azam, niat dan cita cita yang besar.

Mesin kecil tanpa jenama itu tidak mampu menjahit bahagian yang tebal, jadi beliau jelujur. Beberapa bahagian yang tebal terpaksa jahit jelujur.  Yang paling penting faham bagaiman menjahit bahagian bahagian tersebut.

Ku perhati perkembangan jahitan....tapi aku diam.

Walau kekurangan beberapa alatan dan benang putih pada awalnya, beliau dapat siapkan pada pukul 4.30 petang sejurus sebelum azan Asar berkumandang.

.....dan aku berfikir....Allah bantu permudahkan kerana niatnya ikhlas.


(lihat wajah anak bila memakai telekung jahitan mamanya...)