Ketika mengajar jahit telekung di Siem Reap, Kemboja pada bulan Ogos yang lalu, seorang peserta menunjukkan cara alternatif cucuk getah ke pinggang kain telekung. Sungguh mudah dengan hanya menggunakan straw minuman. Jahit hujung tali ke hujung straw secara bertindih. Jahit beberapa kali supaya tak mudah tanggal. Masukkan straw ke lorong getah. Tolak straw hingga keluar dari lorong. Susun kedudukan getah kemudian jahit tindih.
Kelas 4/9/16 sepatutnya disertai 2 orang tetapi seorang demam jadi tinggal seorang. Maz dari Selayang, sudah lama tidak menjahit. Menjahit telekung dengan berhati hati dan akhirnya siap juga. Semoga dapat menjahit untuk diri sendiri dan anak anak.