TELEKUNG UNTUK PUTERI

Sunday, April 9, 2017

JADUAL KELAS JAHIT TELEKUNG DI SRI GOMBAK DAN BANGI










KELAS JAHIT TELEKUNG DI SRI GOMBAK DAN BANGI 

Kelas dijadualkan pada hari biasa untuk memenuhi permintaan dan keperluan surirumah yang hanya lapang masa pada hari hari tersebut.

Tempat terhad kepada 4 orang di Masjid Al Khairiyah Sri Gombak.
Tempat terhad kepada 10 orang di RSA Akademi, Bandar Seri Putra Bangi.

Terdapat 2 mesin industri wakaf di Masjid Al Khairiyah dan 5 mesin industri di RSA Akademi. 
Peserta digalakkan bawa mesin portable jika kurang arif menggunakan mesin industri.

Yuran kelas RM220.

Yuran termasuk bahan bahan seperti kain, renda, getah, buku OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG dan pola telekung.  Percuma pola jahit stoking.

Deposit RM50 diperlukan untuk tempah kelas.

Peserta bawa gunting kertas dan gunting kain. Benang putih.

Sila hubungi 0123569717.


Wednesday, April 5, 2017

TELEKUNG WAKAF AL KHAIRIYAH










TELEKUNG WAKAF

TELEKUNG AL KHAIRIYAH

MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK

Pengurusan Masjid Al Khairiyah Sri Gombak telah memulakan satu projek telekung wakaf jahitan asnaf yang dikendalikan HELWA masjid.

Sebuah bilik khas telah diubahsuai menjadikan bilik jahitan juga bilik kegiatan muslimat Masjid. Bilik dinamakan MUSLIMAT CENTRE atau MC.

Terdapat 2 mesin jahit industri yang telah diwakafkan seorang hamba Allah yang kematian isteri. Isteri beliau seorang tukang jahit yang memliki sebuah bengkel jahitan. Semua mesin jahit disedekahkan dan diwakafkan. Semoga ada pahala yang mengalir kepada arwah.

Buat masa sekarang seorang ibu dengan 2 orang anak sedang dilatih menjahit telekung. Ibu ini ditinggal suami tanpa berita. Anak pertama berumur 13 tahun dan mengidap autism. Sedikit agresif menurut ibunya. Anak ini masih dalam kelas permulihan di sekolah rendah.  Anak kedua berumur 3 tahun sering mengikut ibunya ke Masjid untuk kelas jahitan telekung.  Ibu ini hanya dapat berada di MC sehingga tengahari. Perlu pulang ke rumah bila anak sulong tamat waktu sekolah. 

Walaupun beliau tidak pernah menjahit, beliau ada minat dan kesungguhan. Jahitannya kemas dan diharapkan beliau dapat cepat mahir menjahit telekung dan menjana pendapatan.