TELEKUNG UNTUK PUTERI

Friday, November 3, 2017








Seorang hamba Allah sedekahkan beberapa meter kain putih bersulam. Minta dijahitkan telekung kemudian disedekahkan.

Mencari calon yang layak menerima sebolehnya eloklah seseorang yang akan menggunakan telekung tersebut dengan ikhlas. 

Doa dan doa dan Allah tunjuk dengan cepat.

Wanita dalam gambar ialah seorang guru Al Quran, mengajar di rumah, baru habis eddah selepas kematian suami.

Beliau terima pemberian dengan besar hati.

Semoga Allah beri ganjaran kepada pewakaf dan makbulkan doa dan niat beliau.

Aamiin...

NOTA;

Telekung di dalam gambar ialah bersaiz mini, sesuai untuk dipakai menghadiri kelas mengaji.  Sesuai juga dipakai mengerjakan Umrah dan Haji.

Thursday, September 28, 2017

Facebook Disabled



My Facebook account was disabled on 26 September 2017 slightly after midnight.

WHY?

Reasons given I violated FB rules. There were 6 rules among which were terrorism, harassment, vulgarity...

Come on Mark, I am a sewing enthusiast, I post about sewing most of the time.

I am also sole admin of a couple of sewing groups and co admin of others.  If I cannot recover my account what will happen to the groups where I am sole admin?  Lesson learned.  Appoint at least one other admin for your group.

Praying for the recovery of FB acount Zai Amaludin.

Thursday, September 14, 2017

DIY SARUNG BAKUL SAMPAH DI TV ALHIJRAH


























14/9/17 Sekali lagi dijemput buat demo diy di TV Al Hijrah.

Kali ini Kak zai tunjuk cara jahit sarung bakul sampah.

Pengacara Farahanim yang cantik.


Sampai di perkarangan TV Al Hijrah pukul 7.30 pagi.  Studio masih gelap. 

Terus set meja DIY dengan mesin jahit, bakul bakul yang siap disarung cantik juga lain aksesori tambahan seperti ropol, riben dan renda.

Nak buat demo dalam masa 8 minit, kita perlu siapkan bahan yang separuh jahit, jadi semasa di set, kita jahit sikit sikit sahaja. 

Untuk demo kali ini, kak zai dah buat video cara menjahit dan upload ke youtube channel: Zaira Zai sebelum pergi ke studio.  Ini untuk memudahkan pemahaman menjahit kepada mereka yang berminat.

Alhamdulillah semua berjalan baik dan lancar.

Ini ialah kali ke3 kak zai buat demo di segmen DIY. Kali ke 2, ceritanya di blog lagi satu..www.sewnsell.blogspot.com

Selamat cuba menjahit.


Sunday, September 3, 2017

KORBAN PERDANA MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 2017



















2 September 2017 bersamaan 10 Zulhijjah 1438, diadakan majlis korban di Masjid Al Khairiyah Seri Gombak.

18 ekor lembu dan 1 ekor kambing disembelih. 1 ekor lembu dengan 6 bahagian aqiqah dan 1 bahagian korban. 1 ekor pemberian Kerajaan Negeri Selangor. 1 ekor kambing hadiah dari Imam Masjid.

Majlis meriah dengan semangat gotong royong jemaah. Muslimin membantu menyembelih lembu melapah, memotong daging.  Muslimin membantu memotong daging.

Selesai masak, makan beramai ramai. Jemaah yang hadir dapat daging 1 kilo seorang untuk dibawa pulang. Peserta korban dapat 3 kilo daging beserta organ dalaman dan tulang.

Ramai warga Bangladesh dan Rohingya datang bantu. Mereka suka kepala lembu. Dimasak apa agaknya..?

Thursday, August 10, 2017



HUBUNGI 0123569717 JIKA BERMINAT UNTUK BELAJAR SECARA ATAS TALIAN DI DALAM GROUP WHATSAPP.

www.wasap.my/60123569717

Thursday, July 27, 2017

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 23 JULAI 2017















Apa yang Allah rancang itu lebih baik dari perancangan kita.

Syu dari Rawang, nak belajar jahit telekung, nak jahit untuk mak yang akan menunaikan Haji.  Tertangguh kelas atas sebab tertentu.  Rupanya Allah nak atur supaya boleh bertemu Na dari Rawang juga. Maka mereka berdua datang bersama. 

Na atau Zarina Mohamed ialah pakar jahit sulam juga cikgu baju kurung.  Kalau ada yang selalu tonton DIY TV al Hijrah mesti kenal.




Wednesday, July 26, 2017

KELAS ONLINE JAHIT TELEKUNG















KELAS ONLINE JAHIT TELEKUNG

Jom jahit pahala, jom kumpul pahala akhirat.

Ingin belajar jahit telekung sendiri tapi tidak punya masa untuk ke kelas atau ada masa tapi tiada kelas berdekatan.
Jom belajar jahit secara online di dalam group whatsapp melalui video video yang akan diberi berperingkat. 
Penerangan terperinci setiap langkah, dari mula menggunting kain sehingga menjahit. 

Apa yang anda akan dapat ialah :

~Ilmu sepanjang hayat.
~Buku OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG terbitan Alaf21 Karangkraf.
~Pola pola telekung jadi tak perlu lukis sendiri.
~Pola pola jahit stoking.

Berminat untuk belajar santai jahit telekung?

Jom whatsapp 0123569717

ILMU BERKAT SEPANJANG HAYAT