TELEKUNG UNTUK PUTERI

Thursday, January 20, 2011

TIP JAHIT TUDUNG


Saperti yang dijanji, kak zai bagi tip cara menjahit tudung bermula dari menggunting kain.

Ok...kain yang kita pilih untuk buat tudung ni polos atau bercorak?

Jika bercorak, dan coraknya mengikut susunan tertentu JANGAN lipat menyerong atau lipat segi tiga. Lipat ikut panjang kain atau lebar kain. Jika lipat serong, corak di cantuman akan jadi songsang...sebelah menegak dan sebelah lagi melintang.

Jika muka sedikit tembam, letak pola tudung di ira kain yang lebih anjal, selalunya kena lipat kain ikut lebar..tepi bertemu tepi.

Ketika menggunting elakkan menarik dan mengangkat kain..takut lari bentuk tudung nanti.

Begitu juga ketika menjahit...JANGAN tarik kain ya. NO tarik2..bahagian mana pun.

Kain lycra..jersey ni sensitf sikit..kalau silap jahit kita kena tetas, bila tetas ada kemungkinan kain akan berlubang...jadi cuba kaedah tarik benang, macam ni lebih selamat kain tu.

Selamat Menjahit :)

5 comments:

  1. Terima Kasih kak Zai. Dah mahir sikit dah, InsyaAllah bolehlah nak jual sikit2. Dgn adik beradiklah yg utama dan kawan2 rapat.

    ReplyDelete
  2. Tahniah...practice makes perfect :)

    ReplyDelete
  3. teringin nak cuba jahit tudung tapi masih tak berani coz im not used to sewing with stretchy fabric !

    ReplyDelete
  4. Nadia, if you can sew bags you can sew anything..give it a try :)

    ReplyDelete
  5. Kak Zai,terima kasih banyak -banyak sudi share ilmu jahit,saya tak pandai jahit tapi rasa semangat nak cuba,moga akak sekeluarga sentiasa dalam limpahan rahmatNya,amin.

    ReplyDelete