TELEKUNG UNTUK PUTERI

Thursday, February 26, 2015

TELEKUNG UNTUK JEMAAH UMRAH









Syarikat Pengendali Umrah di Ampang ni kekurangan 4 helai telekung untuk dihadiahkan kepada jemaah.
Biasanya mereka beli pukal dari Bukit Tinggi Indonesia. Katanya harga sehelai tak sampai RM30. Murah. Sebab apa boleh murah..? Kain, renda, upah di sana semua murah.
Di Malaysia susah nak letak harga murah sebab bahan bahan semuanya mahal.

Dipendekkan cerita, 4 helai telekung dijahit mengikut contoh telekung Bukit Tinggi tadi.

Tak susah..hanya perlu belek cara potongan dan jahitan.

Ketika nak mula jahit, mesin jahit meragam.  Kenalah fikir cara nak kemaskan bahagian lapik dalam.
Mudah sahaja..mula mula jahit keliling di bahagian bawah kemudian lipat ke dalam  dan jahit tindih di atas lipatan.

No comments:

Post a Comment