TELEKUNG UNTUK PUTERI

Friday, September 13, 2019

KURSUS JAHITAN TELEKUNG QUICK WIN ANJURAN KEMAS WILAYAH 26/8/19 - 28/8/19























Pelawaan menjadi trainer kursus jahitan telekung Quick Win anjuran Kemas datang dari Konsultan Datin Kuzie sukar ditolak.

Beberapa tahun mengenali beliau melalui facebook juga event telekung anjuran Pasarnita beberapa tahun lalu di Busana Mara.

Kursus berlansung selama 3 hari di Kemas Wilayah, Batu Muda. Ok tak jauh dari rumah. Boleh ulang alik.

Peserta seramai 15 orang. Mereka dipilih berdasarkan minat dan pengalaman dan selepas ditemuduga. Bermakna peserta memang dah pandai menjahit.

Kebanyakan peserta mengenali antara satu sama lain sebab sudah menyertai pelbagai kelas jahitan di pusat Kemas yang sama.

Dengan pengalaman yang mereka ada, mudah bagi mereka memahami teknik jahitan telekung Min-ta. Alhamdulillah.

Hari pertama mereka belajar mengunting kain dan menjahit telekung. Hari kedua menjahit tote bag.
Hari ketiga menyiapkan jahitan telekung dan beg.

Hari ketiga adalah hari perasmian oleh Pengarah Kemas, penyampaian sijil juga mesin jahit bagi setiap peserta.



No comments:

Post a Comment