TELEKUNG UNTUK PUTERI

Friday, September 9, 2011

STOKIN DARI KAIN PERCA LYCRA


Stokin dari kain perca lycra. Gabungkan pelbagai warna dan corak supaya ada kelainan.
Sesuai dipakai di dalam rumah, dengan kasut, ketika tidur, ketika solat.
Dicadangkan sentiasa simpan sepasang dalam beg tangan untuk kegunaan ketika solat di luar contoh surau atau masjid. Kain sembahyang kadang2 terlalu pendek dan ketika sujud akan nampak kaki.


Di atas ialah pola untuk stokin telah ditanda bahagian untuk lipatan kain.

A ialah bahagian buku lali dan tumit

B ialah bahagian atas kaki

C ialah bahagian tapak kaki

D ialah bahagian atas buku lali




Ini pula disertakan ukuran setiap bahagian (termasuk basi)

Perlu diingatkan ini adalah asas, boleh tambah atau kurangkan mengikut saiz kaki.

CARA JAHIT: Jahit cantum bahagian A ke B

Lepas itu cantum ke C

Akhir sekali cantum bahagian D

Cantuman guna mesin jahit tepi yang halus jahitannya.

Kalau tak ada boleh guna mesin biasa.

Dengan ini kak zai dengan ikhlas hati mengizinkan pengambilan ukuran pola stokin.

SELAMAT MENJAHIT

PERHATIAN : UKURAN PANJANG UNTUK BAHAGIAN  C  IALAH 9"  

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



MENGUCAPKAN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

KEPADA SEMUA SAHABAT DAN PELANGGAN

MAAF ZAHIR DAN BATIN





































Monday, August 15, 2011

KERI












KERI

Beg comel untuk disi bekas kuih, lupakan beg plastik

Harga RM15 (tidak termasuk pos)

Beli 3 dengan harga RM40 (tidak termasuk pos)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...