TELEKUNG UNTUK PUTERI

Friday, November 20, 2015

PROMOSI HARGA COMBO 2 BUKU









ASSALAMUALAIKUM.

Jom menjahit telekung, ilmu sepanjang hayat, pakaian ibadat, rezeki yang berkat.

Menjahit sendiri pakaian ibadat adalah suatu kepuasan.  Ia mungkin tidak glamor tapi pahala menjahitnya adalah berterusan.

Anda juga boleh mejahit telekung untuk diwakafkan, disedekahkan. Bayangkan pahala yang dapat bila orang beribadat dengan memakai telekung yang kita jahit.

Nak jadikan jahitan telekung sebagai satu perniagaan pun boleh.  Ia satu industri yang sentiasa berkembang.

Buku TELEKUNG UNTUK BONDA disertakan dengan 4 pola iaitu pola untuk lapik dahi dan dagu, pola untuk saiz muka dan pola lapik dalam telekung.

HARGA PROMOSI 2 BUKU IALAH RM60 TERMASUK POSLAJU.

PERCUMA....POLA UNTUK JAHIT STOKING BERNILAI RM18.

JOM JOM..TARIKH AKHIR HARGA PROMOSI IALAH 25/11/15.


UNTUK RESPON YANG CEPAT..WHATSAPP 0123569717.

Monday, November 16, 2015

SEHARI BERSAMA PENGASAS TELEKUNG SITI KHADIJAH DI BANGI SENTRAL















JEJAK SITI KHADIJAH

SABTU 14 NOVEMBER 2015.

Siapa tidak kenal jenama telekung SITI KHADIJAH?

Sudah gah seantero Malaysia, Brunei dan Jakarta Indonesia.

Jadi apabila pengasasnya Puan Padhilah Enda Sulaiman menawarkan satu perjumpaan berbayar, ia satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Lokasi ialah di bilik seminar yang bertempat di tingkat atas Butik Siti Khadijah di Bangi Sentral.

Hebatnya Bangi Sentral, dipenuhi butik butik jenama terkenal.  Seolah olah semua jenama yang biasa di lihat di alam maya ada di situ.

Program bermula pukul 9 pagi dan berakhir 5 petang.

Hari bersama Puan Padhilah dan team SK penuh dengan perkongsian pengalaman dan ilmu yang dikongsi juga oleh suami Puan Padhilah dan anak ke dua beliau.

Sebenarnya bukan senang nak senang,  pahit jerih di sebalik sesuatu kejayaan itu tak ramai yang tahu kecuali diberitahu.


Saturday, October 31, 2015

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 31/10/15










Kelas akhir untuk bulan Oktober 2015.

Puan Fatimah dari Wangsa Melawati.

Sepatutnya ada 2 peserta tapi seorang terpaksa batal atas sebab tertentu.

Untuk Puan Fatimah semoga dapat menghasilkan banyak telekung untuk tujuan amal.

Monday, October 26, 2015

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 24/10/15





 Effa dari Wangsa Maju..


 Nurasiah dari Klang..




 Siti Fatimah dari Kajang


 Nurul dari Port Klang


 Anak Effa menggayakan telekung jahitan ibu dia..



Hasil jahitan masing masing.


Alhamdulillah.

Paparan sekitar kelas jahit telekung pada 24/10/15.

Maaf bertaburan sikit sebab mouse rosak dan agak susah nak atur gambar mengikut susunan sepatutnya.

Dfidoakan semua peserta dapat menjahit dengan lebih sempurna dan dapat pahala berterusan dari hasil jahitan.

Tuesday, October 20, 2015

TELEKUNG KLASIK DIJAHIT CENKERANG




Jahitan cenkerang di kepala telekung. Telekung ini ada dalam bilik penginapan di Bed and Breakfast Akar Lima, Kulim.

Selesa jugak stail klasik ni.

Nak tahu cara jahitnya. Klik https://www.facebook.com/Kelasjahitantelekung.

Atau sinihttps://www.youtube.com/watch?v=wVn8fB7Z6eA.

Tuesday, September 22, 2015

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 19/9/15


 Sobihah dari Sri Gombak..

 Adibah dari Petaling Jaya..

 Sharifah dari Shah Alam..

 Lapik dahi smocking.








PRACTICE MAKES PERFECT!

Ini kelas pada hari Sabtu 19/9/15.

Peserta bersungguh sungguh menyiapkan jahitan.  Tapi ada yang tak sempat jahit renda di bahagian bawah. Terpaksa jahit di rumah sebab sudah lewat petang.

Friday, September 18, 2015

KAIN TELEKUNG





KAIN TELEKUNG

Senario:  di ruang solat muslimat
Watak:  seorang warga emas dan saya
Kisah:  kain telekung putus getah pinggang



Di dewan bahagian bawah masjid berlansung kenduri kahwin.  Bila tiba waktu Zohor, ramai tetamu dan ahli rombongan pengantin naik ke atas untuk menunaikan solat.  Yang sempat dapat solat jemaah yang tidak sempat solat sendiri.

Di ruang belakang bahagian di mana telekung wakaf digantung,  seorang muslimat memegang kain telekung sambil mengomel.  Saya tanya "kenapa kak?" "ini...getah kain ni dah putus" jawab beliau sambil menunjuk kepada bahagian kain yang dimaksudkan.

Si tukang jahiat telekung aka saya ambil kain tu dari tangannya dan belek...." tak boleh buat apa dah, kena tetas dan jahit semula"
Dia sikit tak puas hati sebab telekung dan kainnya dipinjamkan kepada seorang kawan, kawanya pulak pinjamkan kepada jemaah lain

Nak buat macam mana,  telekung tu jenis kain jersy dan ukuran pinggangnya sesuai remaja.  Memang menunggu saat dan ketika untuk putus getahnya.

Apakah penyelesaiannya?

Jahit pinggang seperti di atas.  Separuh getah dan tali di kiri kanan.  Ada bukaan sedikit jadi besar manapun ukuran pinggang pasti muat.

Lebar kain biarlah 1.75 meter dilipat dua.  Legakan. Fit any size!

Cara jahit ada dalam buku TELEKUNG UNTUK BONDA.

TUNGGU!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...