Kaki perempuan Muslim ialah sebahagian daripada aurat yang perlu dijaga dari pandangan ajnabi.
Memakai stoking ialah satu cara menutup aurat. Ramai yang masih kurang peka tentang hukum ini.
Jika anda ada kemahiran menjahit dan memiliki mesin jahit tepi, menjahit sepasang stoking tidak akan mengambil masa yang lama.
Dari menggunting kain hingga selesai mencantum bahagian akhir mengambil masa tidak sampai 20 minit.
Kain yang diperlukan pun tidak banyak. Guna saja kain perca lebihan tudung atau jubah. Yang penting kain tersebut mesti jenis yang anjal.
Stoking ini amat selesa dipakai dan banyak kegunaannya. Sentiasa simpan dalam beg tangan sepasang stoking bersih. Bila singgah di surau atau masjid kemungkinan kainnya pendek dan jika kita pakai stoking aurat kaki lebih terjaga ketika sujud.
Stoking juga elok dipakai di dalam rumah untuk menjaga tapak kaki dari menjadi kasar.
Ketika berpantang, ibu ibu muda sangat disarankan memakai stoking supaya angin tidak masuk ke dalam badan.
Waktu malam, sapu minyak zaitun ke tapak kaki dan lain lain bahagian kemudian pakai stoking. Amalkan ini tak kira berapa usia anda.
Jadi, jahitlah stoking sendiri untuk memenuhi pelbagai keperluan. Stoking yang dijual di pasaran memang murah tetapi sepasang yang dijahit sendiri tidak akan sama dengan yang dibeli.
Kain perca yang anjal tidak terbuang lagi.
Jahitlah mengikut kretiviti. Campur dan adun pelbagai warna dan corak. Pasti stoking anda lain dari yang lain.
Ebook dijual pada harga RM15. Pola/template kena print sendiri saiz A4.
Berminat nak beli nota dan pola stoking? sila hubungi 0123569717 atau email zairafim@yahoo.com