TELEKUNG UNTUK PUTERI

Friday, October 7, 2011

TIP JAHIT TUDUNG..SENGKUAP

Gambar di atas menunjukkan sengkuap yang telah dicantum ke badan tudung.. Sebelum mencantum bahagian hadapan, pastikan 'tulang' cantuman pertama dalam keadaan sama dan boleh pinkan bahagian itu. Jika bahagian hadapan badan tudung tidak sama, gunting lebihan kain lepas itu jahit dari dagu ke bawah. Cara ini akan memastikan tulang cantuman hadapan berada di tengah dagu dan tulang cantuman sengkuap berada di pipi pada paras yang sama.
Gambar di atas ialah bahagian bawah tudung selepas cantuman, perhatikan lebihan kain yang  mesti digunting supaya sama. JANGAN TARIK KAIN KETIKA MENJAHIT.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...