Showing posts with label TELEKUNG UNTUK BONDA. Show all posts
Showing posts with label TELEKUNG UNTUK BONDA. Show all posts
Wednesday, February 3, 2016
EJEN BUKU TELEKUNG UNTUK BONDA DAN TELEKUNG UNTUK PUTERI
Buku Telekung Untuk Bonda dan Telekung Untuk Puteri boleh di beli melalui ejen ejen berikut:
Orang Bangi, Kajang, Nilai dan yang berdekatan.
RSA WORLDWIDE ACADEMY OF FASHION
NO 43 GROUND FLOOR
JALAN SERI PUTRA1/4
BANDAR SERI PUTRA
BANGI.
0193277575
Orang Kedah, Perlis.
JAMNAZHAR ENT
28 & 29 TAMAN TERATAI JINGGA FASA 2
0194162829
Gambar kredit kepada Puan Azila Aziz Pengasas Telekung Project dan Azila_aziz_signature
Thursday, December 3, 2015
Friday, November 20, 2015
PROMOSI HARGA COMBO 2 BUKU
ASSALAMUALAIKUM.
Jom menjahit telekung, ilmu sepanjang hayat, pakaian ibadat, rezeki yang berkat.
Menjahit sendiri pakaian ibadat adalah suatu kepuasan. Ia mungkin tidak glamor tapi pahala menjahitnya adalah berterusan.
Anda juga boleh mejahit telekung untuk diwakafkan, disedekahkan. Bayangkan pahala yang dapat bila orang beribadat dengan memakai telekung yang kita jahit.
Nak jadikan jahitan telekung sebagai satu perniagaan pun boleh. Ia satu industri yang sentiasa berkembang.
Buku TELEKUNG UNTUK BONDA disertakan dengan 4 pola iaitu pola untuk lapik dahi dan dagu, pola untuk saiz muka dan pola lapik dalam telekung.
HARGA PROMOSI 2 BUKU IALAH RM60 TERMASUK POSLAJU.
PERCUMA....POLA UNTUK JAHIT STOKING BERNILAI RM18.
JOM JOM..TARIKH AKHIR HARGA PROMOSI IALAH 25/11/15.
UNTUK RESPON YANG CEPAT..WHATSAPP 0123569717.
Saturday, October 31, 2015
KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 31/10/15
Kelas akhir untuk bulan Oktober 2015.
Puan Fatimah dari Wangsa Melawati.
Sepatutnya ada 2 peserta tapi seorang terpaksa batal atas sebab tertentu.
Untuk Puan Fatimah semoga dapat menghasilkan banyak telekung untuk tujuan amal.
Wednesday, October 28, 2015
Wednesday, October 7, 2015
Friday, September 18, 2015
KAIN TELEKUNG
KAIN TELEKUNG
Senario: di ruang solat muslimat
Watak: seorang warga emas dan saya
Kisah: kain telekung putus getah pinggang
Di dewan bahagian bawah masjid berlansung kenduri kahwin. Bila tiba waktu Zohor, ramai tetamu dan ahli rombongan pengantin naik ke atas untuk menunaikan solat. Yang sempat dapat solat jemaah yang tidak sempat solat sendiri.
Di ruang belakang bahagian di mana telekung wakaf digantung, seorang muslimat memegang kain telekung sambil mengomel. Saya tanya "kenapa kak?" "ini...getah kain ni dah putus" jawab beliau sambil menunjuk kepada bahagian kain yang dimaksudkan.
Si tukang jahiat telekung aka saya ambil kain tu dari tangannya dan belek...." tak boleh buat apa dah, kena tetas dan jahit semula"
Dia sikit tak puas hati sebab telekung dan kainnya dipinjamkan kepada seorang kawan, kawanya pulak pinjamkan kepada jemaah lain
Nak buat macam mana, telekung tu jenis kain jersy dan ukuran pinggangnya sesuai remaja. Memang menunggu saat dan ketika untuk putus getahnya.
Apakah penyelesaiannya?
Jahit pinggang seperti di atas. Separuh getah dan tali di kiri kanan. Ada bukaan sedikit jadi besar manapun ukuran pinggang pasti muat.
Lebar kain biarlah 1.75 meter dilipat dua. Legakan. Fit any size!
Cara jahit ada dalam buku TELEKUNG UNTUK BONDA.
TUNGGU!
Sunday, July 26, 2015
TELEKUNG UNTUK BONDA
Sekian lama cara menjahit telekung dewasa dijual dalam bentuk nota. Alhamdulillah ramai yang boleh menjahit telekung hanya dengan mengikut arahan dan langkah langkah dalam nota tersebut.
InshaAllah nota cara menjahit telekung dalam proses dijadikan buku. Akan ada tambahan ilmu juga tip tip yang membantu.
Tunggu ya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
























