Ketika menginap di Bed and Breakfast (bnb) Akar Lima, Kulim, kami diberi telekung ini.
Simple design..lovely material.
That was in April 2014.
Agak2 ukur keluasan muka lebih kurang 2 jengkal.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hari ini siapkan mini telekung percubaan.
Untuk tutorial template mini digunakan. Kertas kitar semula, sila abaikan lubang dan tulisan.
Bahagian atas yang saiz kecil tu adalah lapik dalam. Bahagian bawah ialah badan telekung.
Kalau kain bidang 90" memang tidak perlu sambung, boleh terus gunting sekeping. Sesuai saiz dewasa. Contoh untuk telekung ziarah. Kalau guna kain bidang lain memang kena jahit sambung.
Bentang dan lipat seperti dalam gambar. Jahit tepi keliling kain sebelum melipat. Keluasan muka 2 jengkal +- 12" ditambah 1" atau 2" tapi dalam percubaan ini keluasan ditambah banyak inci kononnya nak kedut lebih. Jahit cantum dari tanda keluasan muka ke bawah. Maksudnya cantuman depan..maaf tak ada gambar. Sila guna imaginasi anda. Gambar akan dusahakan kemudian.
Selepas jahit cantum, hasilnya sepatutnya begini. Sepatutnya dijahit tepi bahagian lapik dalam ini tetapi disebabkan keterujaan nak mencuba, terlupa pulak.
Seterusnya, jahit lapik dagu. Ukuran panjang 11" lebar 2" tak perlu lengkung. Jahit tepi lapik dagu dan jahit ke bahagian bawah luas muka. Kemudian jahit lurus 3 garisan dari hujung lapik dagu ke hujung satu lagi. Lihat gambar di atas.
Tarik benang bawah jahitan yang pertama. Boleh tengok sini untuk cara tarik benang.
Benang yang berjuntai ditarik keluar di bahagian luar dan diikat atau disimpul. Bahagian dalam akan kelihatan kemas.
Hasilnya....
Lain kali keluasan muka kena kurangkan supaya kedutan tidak terlalu padat dan banyak.
No comments:
Post a Comment