TELEKUNG UNTUK PUTERI

Monday, March 14, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 13/3/16

















Ini kisah gigih seorang Ibu.

Kelas yang sepatutnya disertai 3 orang jadi seorang.

Allah sudah atur begitu.

Puan Laili dari Bukit Beruntung, rupanya tiada banyak asas menjahit.  Hanya ada sebuah mesin jahit portable yang dibeli dari Lazada dengan harga tak sampai RM200.

Tapi beliau ada semangat, azam, niat dan cita cita yang besar.

Mesin kecil tanpa jenama itu tidak mampu menjahit bahagian yang tebal, jadi beliau jelujur. Beberapa bahagian yang tebal terpaksa jahit jelujur.  Yang paling penting faham bagaiman menjahit bahagian bahagian tersebut.

Ku perhati perkembangan jahitan....tapi aku diam.

Walau kekurangan beberapa alatan dan benang putih pada awalnya, beliau dapat siapkan pada pukul 4.30 petang sejurus sebelum azan Asar berkumandang.

.....dan aku berfikir....Allah bantu permudahkan kerana niatnya ikhlas.


(lihat wajah anak bila memakai telekung jahitan mamanya...)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...