Thursday, August 4, 2016
KELAS JAHIST TELEKUNG BERSAMA TELEKUNG PROJECT DI SIEM REAP KEMBOJA..HARI KEEMPAT 25/7/16
Night Market di Siem Reap.
Suasana malam yang hidup di Siem Reap. Penuh dengan pelancong dari beberapa benua.
Market sebegini banyak menjual batu batu permata, barang antik, kain sutera, beg, pakaian dan cenderahati seperti fridge magnet, keychain, beg comel. Kena belek juga setiap barang takut terbeli yang ada patung patung dari kuil mereka. Begitu juga ketika memilih pakaian, banyak guna motif gajah dan kepala patung.
Waktu malam, kami naik tuk tuk, pemandunya sudah tentu dari keluarga Nasir. Adik adik lelaki beliau juga dalam bidang yang sama iaitu pemandu pelancong. Salim dan Maliki semuanya ramahtamah.
Siem Reap, penuh dengan bar, kelab malam, restoran barat, spa, kedai refleksologi. Semuanya memenuhi selera pelancong barat dan yang bukan Islam.
Kami hanya bertembung dengan rakyat Malaysia di restoran Nasir.
O ya...urusan jual beli di sini hanya dengan US Dollar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment