TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label KELAS JAHIT TELEKUNG DI BATU CAVES. Show all posts
Showing posts with label KELAS JAHIT TELEKUNG DI BATU CAVES. Show all posts

Wednesday, October 16, 2019

KELAS JAHIT TELEKUNG DI SURAU UBUDIAH SERI GOMBAK 12/10/19






























Sekali lagi kelas jahit telekung diadakan di Surau Ubudiah Seri Gombak.

Terima kasih kepada pihak pengurusan Surau.

Peserta kali ini terdiri dari kakak ipar dan adik ipar yang kebetulan mempunyai hobi yang sama iaitu menjahit, mereka juga bekerja dalam pejabat yang sama. Puan Anie dan Puan Has dari Keramat.

Seorang lagi datang dari jauh, Puan Siti datang dengan keluarga dan menyewa hotel.

Alhamdulillah mereka dapat siapkan telekung Min-ta. Teknik jahitan untuk menghasilkan telekung khas untuk pemakai cermin mata.  Teknik jahitan juga boleh menghasilkan telekung biasa. Satu teknik menghasilkan 2 jenis telekung.

Kata Puan Anie, dia belajar jahit telekung untuk jahit telekung keluarga, Anak anak tinggi jadi telekung di pasaran kurang sesuai.


Semoga berjaya menjahit telekung seterusnya.

Pahala yang berterusan.

Friday, September 13, 2019

KURSUS JAHITAN TELEKUNG QUICK WIN ANJURAN KEMAS WILAYAH 26/8/19 - 28/8/19























Pelawaan menjadi trainer kursus jahitan telekung Quick Win anjuran Kemas datang dari Konsultan Datin Kuzie sukar ditolak.

Beberapa tahun mengenali beliau melalui facebook juga event telekung anjuran Pasarnita beberapa tahun lalu di Busana Mara.

Kursus berlansung selama 3 hari di Kemas Wilayah, Batu Muda. Ok tak jauh dari rumah. Boleh ulang alik.

Peserta seramai 15 orang. Mereka dipilih berdasarkan minat dan pengalaman dan selepas ditemuduga. Bermakna peserta memang dah pandai menjahit.

Kebanyakan peserta mengenali antara satu sama lain sebab sudah menyertai pelbagai kelas jahitan di pusat Kemas yang sama.

Dengan pengalaman yang mereka ada, mudah bagi mereka memahami teknik jahitan telekung Min-ta. Alhamdulillah.

Hari pertama mereka belajar mengunting kain dan menjahit telekung. Hari kedua menjahit tote bag.
Hari ketiga menyiapkan jahitan telekung dan beg.

Hari ketiga adalah hari perasmian oleh Pengarah Kemas, penyampaian sijil juga mesin jahit bagi setiap peserta.



Thursday, May 16, 2019

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 11/5/19

















11/5/19

RAMADHAN

Kelas ini diadakan pada bulan Ramadhan walaupun kebaisaannya tiada kelas pada bulan puasa di tahun tahun sebelumnya.

Peserta peserta kelas bakal diserapkan ke Team Telekung Masjid Al Khairiyah.

Ketiga tiga peserta adalah anak kariah masjid Al Khairiyah.

Semua sudah ada kemahiran menjahit, jadi mudah dan cepat belajar ilmu jahit telekung.

Semoga mereka beroleh pendapatan juga pahala dengan menjahit telekung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...