TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label KELAS JAHIT TELEKUNG SRI GOMBAK. Show all posts
Showing posts with label KELAS JAHIT TELEKUNG SRI GOMBAK. Show all posts

Friday, February 23, 2018

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 19/2/18














Kelas jahit telekung di bulan Februari 2018.
Yuran istimewa..masih pada RM170 termasuk bahan bahan.


PesertaPuan Wana dari Jalan Kebun Shah Alam dan Puan Nasriah dari Setiawangsa.

Kata Puan Nasriah, beliau pernah berhubung untuk belajar jahit telekung pada tahun 2012, baru sekarang dapat datang belajar, lama tu..sudah 6 tahun.

Puan Wana pula muda orangnya.  Walaupun masih bekerja, sanggup ambil cuti tambahan Tahun Baru Cina untuk masuk kelas.

Semoga keduanya berjaya mencapai cita cita masing masing dalam jahitan telekung.

Friday, January 5, 2018

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 31/12/17
















KELAS PENUTUP TAHUN 2017

31 Disember 2017

Baru sempat nak update blog. SELAMAT TAHUN BARU
Kelas penutup dihadiri 2 peserta.

Puan Salmiah dari Serendah dan Puan Fatimah dari Puchong.

2 orang peserta ini dapat harga yuran istimewa iaitu RM170 termasuk semua bahan.
Juga dapat renda istimewa yang dibeli di Bukit Tinggi, Padang.

Puan Salmiah dan Puan Fatimah sudah pakar dalam jahitan, Jahitan telekung sebagai tambahan ilmu dan akan dijadikan produk baru mereka nanti.

Semoga berjaya kepada keduanya.

Sunday, April 9, 2017

JADUAL KELAS JAHIT TELEKUNG DI SRI GOMBAK DAN BANGI










KELAS JAHIT TELEKUNG DI SRI GOMBAK DAN BANGI 

Kelas dijadualkan pada hari biasa untuk memenuhi permintaan dan keperluan surirumah yang hanya lapang masa pada hari hari tersebut.

Tempat terhad kepada 4 orang di Masjid Al Khairiyah Sri Gombak.
Tempat terhad kepada 10 orang di RSA Akademi, Bandar Seri Putra Bangi.

Terdapat 2 mesin industri wakaf di Masjid Al Khairiyah dan 5 mesin industri di RSA Akademi. 
Peserta digalakkan bawa mesin portable jika kurang arif menggunakan mesin industri.

Yuran kelas RM220.

Yuran termasuk bahan bahan seperti kain, renda, getah, buku OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG dan pola telekung.  Percuma pola jahit stoking.

Deposit RM50 diperlukan untuk tempah kelas.

Peserta bawa gunting kertas dan gunting kain. Benang putih.

Sila hubungi 0123569717.


Wednesday, March 29, 2017

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 26/3/17














Kelas Ahad 26 Mac 2017.

3 peserta..Sophie, Linn dan Dahlia.

Sophie dan Linn rupanya jiran dekat di Keramat. Dahlia dari Setapak. Peserta dekat dekat.

Tuesday, December 20, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 18/12/16














Dari Port Klang mereka datang.

Norsiah dan Alin, Mak dan anak datang ke Masjid Sri Gombak untuk belajar jahit telekung.

Alhamdulillah siap sebelum azan Asar.

Suami sabar menunggu dari pagi hingga siap.

Semoga berjaya misi menjahit telekung untuk tahun 2017.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...