TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK. Show all posts
Showing posts with label MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK. Show all posts

Saturday, July 1, 2017

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 1 JULAI 2017
















Kelas jahit telekung pada Hari Raya ke 7.

Kelas yang tak dirancang tapi atas permintaan seorang guru dari Putrajaya.  
Puan Aishah berhubung melalui whatsapp menyatakan hajat untuk belajar jahit telekung.  Setelah ditimbang dan memikirkan guru guru masih bercuti raya juga tak nak menghampakan niat beliau maka kelas pun diadakan walaupun hanya seorang peserta.

Seperti biasa, peserta diajar menjahit 2 jenis pelapik dahi iaitu dihias renda dan smocking. Puan Aishah memilih pelapik dahi smocking untuk dijahit ke telekung.  Hasil jahitan corak dari mesin jenama Berlina menyerlahkan lagi hasil jahitan di pelapik dahi.

Wednesday, April 5, 2017

TELEKUNG WAKAF AL KHAIRIYAH










TELEKUNG WAKAF

TELEKUNG AL KHAIRIYAH

MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK

Pengurusan Masjid Al Khairiyah Sri Gombak telah memulakan satu projek telekung wakaf jahitan asnaf yang dikendalikan HELWA masjid.

Sebuah bilik khas telah diubahsuai menjadikan bilik jahitan juga bilik kegiatan muslimat Masjid. Bilik dinamakan MUSLIMAT CENTRE atau MC.

Terdapat 2 mesin jahit industri yang telah diwakafkan seorang hamba Allah yang kematian isteri. Isteri beliau seorang tukang jahit yang memliki sebuah bengkel jahitan. Semua mesin jahit disedekahkan dan diwakafkan. Semoga ada pahala yang mengalir kepada arwah.

Buat masa sekarang seorang ibu dengan 2 orang anak sedang dilatih menjahit telekung. Ibu ini ditinggal suami tanpa berita. Anak pertama berumur 13 tahun dan mengidap autism. Sedikit agresif menurut ibunya. Anak ini masih dalam kelas permulihan di sekolah rendah.  Anak kedua berumur 3 tahun sering mengikut ibunya ke Masjid untuk kelas jahitan telekung.  Ibu ini hanya dapat berada di MC sehingga tengahari. Perlu pulang ke rumah bila anak sulong tamat waktu sekolah. 

Walaupun beliau tidak pernah menjahit, beliau ada minat dan kesungguhan. Jahitannya kemas dan diharapkan beliau dapat cepat mahir menjahit telekung dan menjana pendapatan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...