TELEKUNG UNTUK PUTERI

Sunday, January 3, 2021

2021 Sudah Bermula-Perjalanan Jahitan


Dimulakan dengan lafaz Bismillah.

Apa yang dijahit semalam 2/1/2021 ialah beg patchwork.

Perca kain cotton saiz kecik2 yang disimpan akhirnya dapat dimanfaatkan.

Sebenarnya ini ialah cabaran dalam group Perca Reja Dan Barang Kitar Semula di Facebook.

Setiap 2 minggu ahli group dapat satu task. Jom Jahit Bersama..buat sesuatu yang menyeronokkan.

Saturday, July 18, 2020

BANTAL LESUNG DAN SARUNG LESUNG

Viral viral. Benda simple pun bila dah viral orang akan cari.

Antara yang viral di tahun 2020 ialah bantal lesung. Biasa surirumah jika nak masak yang memerlukan bahan bahan seperti cili, bawang, halia akan menggunakan batu lesung untuk menumbuk. Terutama jika nak buat sambal belacan.

Sambal yang ditumbuk lebih sedap dari yang dikisar. Setuju tak?

Sejak Datuk Rizalman popularkan bantal lesung, ramailah tukang jahit buat production. Dan dapat sambutan.

Orang tak lipat tuala letak bawah batu lesung dah sekarang. Bukan apa..nak kurangkan hiding bila menumbuk. Bila batu lesung menerima hentakan alu, berdentum dentam bunyi di simen ke, sinki ke. Bila dialas kurang bisingnya.

Bila saya mula nak menjahit bantal lesung, ilham datang untuk jahit sarung batu lesung. Tujuannya untuk menjaga kebersihan supaya tiada makhluk cicak dan lipas dapat merayap ke dalam batu lesung. Bila yakin bersih boleh terus guna.

Maka terciptalah set bantal dan sarung untuk batu lesung di dapur.

Harga RM18/set
Tidak termasuk kos penghantaran.

Jika beli 3 set dapat penghantaran percuma.

Jika berminat boleh hubungi

www.wasap.my/60123569717


Wednesday, October 16, 2019

KELAS JAHIT TELEKUNG DI SURAU UBUDIAH SERI GOMBAK 12/10/19






























Sekali lagi kelas jahit telekung diadakan di Surau Ubudiah Seri Gombak.

Terima kasih kepada pihak pengurusan Surau.

Peserta kali ini terdiri dari kakak ipar dan adik ipar yang kebetulan mempunyai hobi yang sama iaitu menjahit, mereka juga bekerja dalam pejabat yang sama. Puan Anie dan Puan Has dari Keramat.

Seorang lagi datang dari jauh, Puan Siti datang dengan keluarga dan menyewa hotel.

Alhamdulillah mereka dapat siapkan telekung Min-ta. Teknik jahitan untuk menghasilkan telekung khas untuk pemakai cermin mata.  Teknik jahitan juga boleh menghasilkan telekung biasa. Satu teknik menghasilkan 2 jenis telekung.

Kata Puan Anie, dia belajar jahit telekung untuk jahit telekung keluarga, Anak anak tinggi jadi telekung di pasaran kurang sesuai.


Semoga berjaya menjahit telekung seterusnya.

Pahala yang berterusan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...