TELEKUNG UNTUK PUTERI

Saturday, July 1, 2017

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 1 JULAI 2017
















Kelas jahit telekung pada Hari Raya ke 7.

Kelas yang tak dirancang tapi atas permintaan seorang guru dari Putrajaya.  
Puan Aishah berhubung melalui whatsapp menyatakan hajat untuk belajar jahit telekung.  Setelah ditimbang dan memikirkan guru guru masih bercuti raya juga tak nak menghampakan niat beliau maka kelas pun diadakan walaupun hanya seorang peserta.

Seperti biasa, peserta diajar menjahit 2 jenis pelapik dahi iaitu dihias renda dan smocking. Puan Aishah memilih pelapik dahi smocking untuk dijahit ke telekung.  Hasil jahitan corak dari mesin jenama Berlina menyerlahkan lagi hasil jahitan di pelapik dahi.

DIY TV AL HIJRAH








Alhamdulillah, sekali lagi dapat peluang bersiaran secara lansung di segmen DIY TV AL HIJRAH pada hari Isnin 19 June 2017.  Kali ini demo cara menjahit pinggang kain telekung menggunakan kaedah tali dan getah.

Dapatkan buku OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG untuk mempelajari cara jahit telekung.

Hubungi melalui whatsapp 0123569717 untuk keterangan lanjut.

Sunday, June 4, 2017

BERNAMA RADIO..SIDANG REDAKSI










Permulaan bulan Jun 2017.

1 Jun diemput ke segmen Sidang Redaksi, Bernama Radio pada pukul 12 tengah hari, hari Khamis.

Pihak Alaf21, Karya Bestari telah mengatur satu sesi sembang mengenai buku OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG.

Alhamdulillah berjalan lancar. Pengalaman ditemubual di Selangor FM membantu. Kali ini lebih lama dari pukul 12.10 hingga 12.50 lebihkurang. DJ bertugas ialah Natasha dan Hezry.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...