TELEKUNG UNTUK PUTERI

Monday, June 18, 2018

TELEKUNG MIN-TA





 Rosmah ialah antara pelajar kelas jahitan telekung. Sudah lama tak ingat tahun bila. Beliau adalah pelajar pertama menjahit Telekung Min-ta beberapa hari sebelum bertolak ke Mekah/Madinah untuk mengerjakan Umrah.





Daripada satu doa supaya diberi ilham untuk mencipta satu kelainan kepada telekung yang biasa maka Allah ilhamkan Telekung Min-ta.
Khas untuk mereka yang perlu memakai cermin mata ketika solat. Kenapa perlu pakai cermin mata ketika solat? Jangan terkejut jika antara sahabat kita ada yang tidak dapat agak jarak sejadah ketika hendak sujud.
Ramai yang perlu memakai cermin mata untuk membaca Al Quran selepas solat. Salah bacaan sebab huruf jadi samar samar.
InshaAllah, dengan Telekung Min-ta, tidak ada masalah untuk memakai cermin mata pada bila bila masa.
Bingkai cermin mata tidak menyentuh rambut jadi tidak perlu risau akan ada helaian rambut yang terkeluar bila menarik bingkai tersebut.
Muka telekung juga akan sentiasa kemas melekap tanpa ada gelembung sebab bingkai cermin mata dimasukkan ke lubang khas.


Siapa sesuai pakai Telekung Min-ta?
* Sudah tentu mereka yang rabun.
* Mereka yang meningkat usia dan mata mula kabur.
* Juga jemaah Umrah dan Haji yang ingin memakai cermin mata hitam.


Kenapa nama MIN-TA?
Ia gabungan sukukata dari perkataan cerMIN dan maTA.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


TELEKUNG MIN-TA..Ilham dari Allah.


Berminat atau ada pertanyaan boleh terus whatsapp :
www.wasap.my/60123569717

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...