Showing posts with label TELEKUNG MIN-TA. Show all posts
Showing posts with label TELEKUNG MIN-TA. Show all posts
Tuesday, June 18, 2019
TELEKUNG MIN-TA BERPOKET
TELEKUNG MIN-TA BERPOKET
HAWWA FIRDAUS
MIN ialah singkatan kepada perkataan Cermin
TA ialah singkatan kepada perkataan Mata
Sejarah rekaan Telekung Min-Ta bermula pada akhir 2017. Ia bermula bila melihat seorang sahabat memakai cermin mata ketika solat. Beliau terpaksa pakai sebab tidak dapat mengagak jarak sejadah ketika hendak sujud.
Berapa kali jahit dan tetas, jahit dan tetas, sebelum dapat kaedah jahit yang betul untuk memasukkan bingkai cermin mata tanpa menyentuh rambut.
Hanya mereka yang memakai cermin mata tahu kesulitan bila menarik keluar bingkai dari muka telekung. Tak banyak, sehelai dua rambut pasti ikut keluar bersama bingkai cermin mata.
Terima kasih Allah kerana memberi ilham menjahit Telekung Min-Ta.
Niat dan harapan semoga ramai dapat manfaat dari telekung ini terutama pemakai cermin mata.
Hubungi 0123569717 untuk keterangan lanjut.
Monday, October 29, 2018
KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 27/10/18
Kelas jahit telekung pada 27/10/18 dihadiri Puan Marzita dari Putrajaya dan kakak iparnya Puan Rozie dari Cheras.
Marzita sudah lama beli buku Telekung Untuk Bonda dan dah pandai menjahit. Beliau rekomen kakak ipar belajar telekung ikut kaedah yang betul. Sebelum ini Rozie pernah belajar tetapi kurang puashati. Rozie memang dah cekap menjahit, Bila dah pandai jahit telekung cara yang betul beliau rasa lebih bersemangat.
Oleh sebab kedua2nya dah pandai menjahit, sebelum Zohor dah hampir siap jahitan.
Marzita merupakan peserta pertama belajar cara jahit Telekung Minta di dalam kelas.
Telekung Min-ta ialah telekung khas untuk mereka yang memakai cermin mata. Kaedah jahitan yang mudah dan cepat. Boleh juga dijahit telekung biasa dengan kaedah ini.
Kedua2 peserta sudah merasa senang dengan cara jahitan ini.
Monday, June 18, 2018
TELEKUNG MIN-TA
Daripada satu doa supaya diberi ilham untuk mencipta satu kelainan kepada telekung yang biasa maka Allah ilhamkan Telekung Min-ta.
Khas untuk mereka yang perlu memakai cermin mata ketika solat. Kenapa perlu pakai cermin mata ketika solat? Jangan terkejut jika antara sahabat kita ada yang tidak dapat agak jarak sejadah ketika hendak sujud.
Ramai yang perlu memakai cermin mata untuk membaca Al Quran selepas solat. Salah bacaan sebab huruf jadi samar samar.
InshaAllah, dengan Telekung Min-ta, tidak ada masalah untuk memakai cermin mata pada bila bila masa.
Bingkai cermin mata tidak menyentuh rambut jadi tidak perlu risau akan ada helaian rambut yang terkeluar bila menarik bingkai tersebut.
Muka telekung juga akan sentiasa kemas melekap tanpa ada gelembung sebab bingkai cermin mata dimasukkan ke lubang khas.
Siapa sesuai pakai Telekung Min-ta?
* Sudah tentu mereka yang rabun.
* Mereka yang meningkat usia dan mata mula kabur.
* Juga jemaah Umrah dan Haji yang ingin memakai cermin mata hitam.
* Mereka yang meningkat usia dan mata mula kabur.
* Juga jemaah Umrah dan Haji yang ingin memakai cermin mata hitam.
Kenapa nama MIN-TA?
Ia gabungan sukukata dari perkataan cerMIN dan maTA.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TELEKUNG MIN-TA..Ilham dari Allah.
Berminat atau ada pertanyaan boleh terus whatsapp :
www.wasap.my/60123569717
Subscribe to:
Posts (Atom)















