Selasa 11/12/18
Cuti umum untuk Negeri Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.
Kelas ini disertai Puan Aton dari Tanjung Karaang, Cik Aishah dari Kemaman dan Puan Nana dari Shah Alam.
Meriah kelas hari ini. Mereka cepat mesra.
Kak zai tunjuk contoh telekung yang tergantung di railing. Telekung putih Min-ta, teknik yang diajar dalam kelas. Juga telekung hitam berpoket. Masing masing teruja nak belajar jahit poket. Kebetulan ada zip warna warni, ok..layan saja permintaan mereka.
Peserta kelas diajar jahit teknik Min-ta. Satu teknik dapat menghasilkan 2 jenis telekung.
Satu telekung biasa dan satu lagi telekung untuk pemakai cermin mata atau TELEKUNG MIN-TA.
Walaupun kelas selesai lewat, selepas Asar...masing masing dapat siapkan telekung.
Alhamdulillah.
Semoga ilmu yang diperolehi memberi manfaat.
No comments:
Post a Comment