Monday, January 14, 2019
KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 12/1/19
Kelas pertama tahun 2019.
Kelas ini dihadiri 4 orang peserta.
Puan Oli dari Putrajaya.
Puan Rosnani dari Serdang.
Puan Maizaitun dan Puan Maimun dari Jerlun, Kedah. Mereka adik beradik.
Jauhnya mereka datang. Gigih nak belajar berdepan di dalam kelas. Kata Puan Mai, mereka bertolak 12 tengahmalam dari Jerlun sampai di TBS pukul 7 pagi. Naik grab car dari TBS ke Masjid Al Khairiyah. Selepas kelas terus ke TBS semula dengan grab car. Bas ke Jerlun pukul 9 malam.
Semangat mengatasi kudrat.
Oli dah lama beli kit telekung dan dah pernah jahit tetapi masuk kelas untuk belajar teknik Min-ta juga berniat untuk jahit telekung untuk pesakit ekzema.
Rosnani pula dah lama tak menjahit disebabkan mesin jahit rosak dan perlu diservis. Ok..lepas wajib ini servis mesin tu atau beli yang baru.
Didoakan semua peserta berjaya menjahit dengan kemas selepas ini. Praktis guna telekung lama. Itu pesanannya.
Practice makes perfect.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment