TELEKUNG UNTUK PUTERI

Tuesday, October 1, 2019

KELAS JAHIT TELEKUNG DI SURAU UBUDIAH SERI GOMBAK 29/9/19
































Kelas jahitan telekung yang biasa diadakan di Muslimat Centre Masjid Al Khairiyah Seri Gombak terpaksa diubah ke Surau Ubudiah Seri Gombak.

Jutaan Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi surau yang memberi izin menggunakan bilik mesyuarat.

Sebelum kelas sudah dipesan bawa buku dan pola sebab ada peserta yang pernah beli tapi belum cuba jahit kecuali Puan Lyn yang pernah masuk kelas beberapa tahun lepas.

Sungguh teruja bila masing mereka keluarkan nota nota lama yang dijual di tahun 2012 atau 2013

Puan Yong tidak ada nota atau buku.  Menurut beliau, kali akhir menjahit ketika di tingkatan 5 dan umur sekarang 57 tahun.  Mesin yang dibawa pun tak dapat berfungsi dengan baik.

Puan Azimah seorang penjahit beg nak tambah ilmu jahitan telekung sebab anak perempuan beliau ramai.

Puan Intan buat keputusan impromtu nak masuk kelas selepas nampak iklan.  Beliau pun dah lama beli nota bukan buku.

Atas permintaan khas Puan Lyn nak belajar jahit poket berzip maka mereka mendapat ilmu tambahan.  Puan Lyn akan mengerjakan Umrah akhir tahun.

Alhamdulillah walaupun kelas berakhir lewat, peserta dapat menjahit semua bahagian kecuali 3 peserta tak sempat jahit renda di keliling bawah.

Pesanan kepada semua peserta...jangan putus asa mencuba.  Kesempurnaan akan datang bila kita jahit dan terus mencuba jahit.

Tak perlu beli kain baru dan renda sebenarnya.  Guna telekung lama untuk mahirkan jahitan pelapik dahi dan dagu.

Selamat maju jaya kepada semua peserta.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...