Kursus Jahitan Telekung Quick Win Wangsa Maju diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat Batu Muda Wilayah Persekutuan. (Kemas Wilayah)
Kursus bermula dengan 15 peserta pada hari pertama dan seorang peserta terpaksa menarik diri pada hari kedua.
Mereka belajar menjahit telekung Min-ta. Teknik jahitan yang boleh menghasilkan 2 jenis telekung iaitu telekung biasa dan telekung istimewa untuk pemakai cermin mata.
Mereka juga belajar menjahit beg tote yang mudah.
Alhamdulillah sepanjang kursus para peserta menjahit menggunakan mesin jenama Juki yang akhirnya menjadi milik mereka.
Didoakan semua peserta dapat menjadikan jahitan telekung sebagai salah satu sumber pendapatan.
Juga dapat menjahit untuk kegunaan sendiri dan keluarga.
No comments:
Post a Comment