14/9/17 Sekali lagi dijemput buat demo diy di TV Al Hijrah. Kali ini Kak zai tunjuk cara jahit sarung bakul sampah. Pengacara Farahanim yang cantik. Sampai di perkarangan TV Al Hijrah pukul 7.30 pagi. Studio masih gelap. Terus set meja DIY dengan mesin jahit, bakul bakul yang siap disarung cantik juga lain aksesori tambahan seperti ropol, riben dan renda. Nak buat demo dalam masa 8 minit, kita perlu siapkan bahan yang separuh jahit, jadi semasa di set, kita jahit sikit sikit sahaja. Untuk demo kali ini, kak zai dah buat video cara menjahit dan upload ke youtube channel: Zaira Zai sebelum pergi ke studio. Ini untuk memudahkan pemahaman menjahit kepada mereka yang berminat. Alhamdulillah semua berjalan baik dan lancar. Ini ialah kali ke3 kak zai buat demo di segmen DIY. Kali ke 2, ceritanya di blog lagi satu..www.sewnsell.blogspot.com Selamat cuba menjahit.
Sebagaimana yang dijanji, Kak zai videokan ukuran pola stoking untuk memudahkan anda melakar dan menjahit sendiri stoking. Selepas segmen DIY di TV Al Hijrah pada 24 May 2017, Kak zai menerima banyak panggilan dan pesanan di whatsapp bertanyakan cara mendapatkan pola stoking juga stoking siap jahit. Sudah hampir setahun Kak zai niat tidak menjual pola stoking, sebaliknya ilmu sudah diwakafkan melalui Blog ini, Page Jom Jahit Stoking dan Ebook Jahit Stoking. Semasa demo jahit, Kak zai guna mesin portable jahit lurus, seeloknya untuk jahit stoking ni kita guna mesin jahit tepi. Hasilnya akan lebih kemas, sebab mesin jahit tepi ada pisau pemotong yang akan memotong lebihan kain dan juga dijahit dengan 3 benang. Sebab apa Kak zai guna mesin jahit lurus? sebab ramai yang memiliki mesin tersebut berbanding mesin jahit tepi. Jika untuk pakai sendiri, tiada masalah untuk jahit menggunakan mesin jahit lurus. Tetapi jika sudah yakin untuk memulakan perniagaan stoking, eloklah melabur mesin jahit tepi. Alhamdulillah sudah ramai yang berjaya menjahit sendiri stoking dan sudah ada yang mendapat pendapatan sampingan dengan menjahit dan menjual stoking. Ingatlah..kaki itu aurat, wajib menutupnya.