TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label JOM JAHIT STOKING. Show all posts
Showing posts with label JOM JAHIT STOKING. Show all posts

Friday, January 8, 2021

POLA STOKING SIAP LAMINATE

Pola stoking ada 4 bahagian.
Siap laminate supaya mudah digunakan, tidak mudah hilang dan senang disimpan.

Tutorial cara jahit ada di youtube.
Link akàn diberi.

Harga Rm19 termasuk kos pos.

Whatsapp 0123569717

Tuesday, June 18, 2019

STOKING








TEMPAHAN STOKING

Lama tak jahit stoking sebenarnya. Penghujung Ramadan dapat tempahan dari sebuah surau untuk 50 pasang stoking.  Stoking akan dihadiahkan kepada jemaah yang akan hadir ke majlis khatam Al Quran di bulan Syawal.

Anak anak gunting dan jahit hampir kesemua 50 pasang.

Ada beberapa pasang kena 'reject' atas beberapa faktor..jadi gunalah sendiri.

Pakailah stoking untuk menutup aurat sebab kaki itu aurat juga.


Nak belajar jahit stoking?  Sila ke Youtube Channel Zaira Zai

Monday, May 29, 2017

JOM JAHIT STOKING



Sebagaimana yang dijanji, Kak zai videokan ukuran pola stoking untuk memudahkan anda melakar dan menjahit sendiri stoking.

Selepas segmen DIY di TV Al Hijrah pada 24 May 2017, Kak zai menerima banyak panggilan dan pesanan di whatsapp bertanyakan cara mendapatkan pola stoking juga stoking siap jahit.  

Sudah hampir setahun Kak zai niat tidak menjual pola stoking, sebaliknya ilmu sudah diwakafkan melalui Blog ini, Page Jom Jahit Stoking dan Ebook Jahit Stoking.

Semasa demo jahit, Kak zai guna mesin portable jahit lurus, seeloknya untuk jahit stoking ni kita guna mesin jahit tepi. Hasilnya akan lebih kemas, sebab mesin jahit tepi ada pisau pemotong yang akan memotong lebihan kain dan juga dijahit dengan 3 benang. 

Sebab apa Kak zai guna mesin jahit lurus? sebab ramai yang memiliki mesin tersebut berbanding mesin jahit tepi. Jika untuk pakai sendiri, tiada masalah untuk jahit menggunakan mesin jahit lurus. Tetapi jika sudah yakin untuk memulakan perniagaan stoking, eloklah melabur mesin jahit tepi.

Alhamdulillah sudah ramai yang berjaya menjahit sendiri stoking dan sudah ada yang mendapat pendapatan sampingan dengan menjahit dan menjual stoking.

Ingatlah..kaki itu aurat, wajib menutupnya.


Sunday, December 7, 2014

JOM JAHIT STOKING





Alhamdulillah, Dua hasil kerjatangan mendapat tempat dalam Majalah Dara.com keluaran Disember 2014.

Kain perca dimanfaatkan menjadi stoking dan juga penanda buku.

Stoking jahitan dari perca menjadi viral seketika bila mula mula diperkenalkan cara menjahitnya.
Ramai yang telah membeli nota dan pola.  Dari menjahit untuk diri sendiri ada yang menjadikan jahitan stoking sebagai perniagaan kecil kecilan.

Permintaan jahitan pukal pun ada dari peniaga peniaga.  Jika ada rezeki penjahit dan peniaga akan diperkenalkan.




Saturday, October 25, 2014

Thursday, October 9, 2014

JOM JAHIT STOKING























Kaki perempuan Muslim ialah sebahagian daripada aurat yang perlu dijaga dari pandangan ajnabi.

Memakai stoking ialah satu cara menutup aurat.  Ramai yang masih kurang peka tentang hukum ini.

Jika anda ada kemahiran menjahit dan memiliki mesin jahit tepi, menjahit sepasang stoking tidak akan mengambil masa yang lama.

Dari menggunting kain hingga selesai mencantum bahagian akhir mengambil masa tidak sampai 20 minit.

Kain yang diperlukan pun tidak banyak. Guna saja kain perca lebihan tudung atau jubah. Yang penting kain tersebut mesti jenis yang anjal.

Stoking ini amat selesa dipakai dan banyak kegunaannya. Sentiasa simpan dalam beg tangan sepasang stoking bersih.  Bila singgah di surau atau masjid kemungkinan kainnya pendek dan jika kita pakai stoking aurat kaki lebih terjaga ketika sujud.

Stoking juga elok dipakai di dalam rumah untuk menjaga tapak kaki dari menjadi kasar.

Ketika berpantang, ibu ibu muda sangat disarankan memakai stoking supaya angin tidak masuk ke dalam badan.

Waktu malam, sapu minyak zaitun ke tapak kaki dan lain lain bahagian kemudian pakai stoking. Amalkan ini tak kira berapa usia anda.

Jadi, jahitlah stoking sendiri untuk memenuhi pelbagai keperluan.  Stoking yang dijual di pasaran memang murah tetapi sepasang yang dijahit sendiri tidak akan sama dengan yang dibeli.

Kain perca yang anjal tidak terbuang lagi.

Jahitlah mengikut kretiviti. Campur dan adun pelbagai warna dan corak. Pasti stoking anda lain dari yang lain.

Ebook dijual pada harga RM15. Pola/template kena print sendiri saiz A4.

Berminat nak beli nota dan pola stoking? sila hubungi 0123569717 atau email zairafim@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...