TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label CARA JAHIT STOKING. Show all posts
Showing posts with label CARA JAHIT STOKING. Show all posts

Saturday, October 27, 2018

KIT JAHIT STOKING








KIT JAHIT STOKING


Kit mengandungi 4 keping pola yang sudah keras dilaminate.

Tidak mudah koyak atau patah.

Tidak mudah hilang. Simpan dalam satu fail atau sampul.

Mudah diletakkan di atas kain yang hendak digunting.

Kit juga mengandungi kain yang cukup untuk dijadikan sepasang stoking dan sepasang sarung lengan.

Bagaimana menjahit sarung lengan?  Guna pola D.

Nah...anda akan dapat satu set teman kembara solat. 

Sepasang stoking bersih dan sarung lengan untuk menutup aurat ketika solat di perjalanan.

Kenapa perlu sarung lengan?  Andaikata kita boleh solat menggunakan pakaian dan tudung yang kita pakai tetapi lengan baju tidak cukup panjang menutup pergelangan tangan, masa inilah kita pakai sarung lengan.

Jika anda ada mesin jahit, bolehlah jahit sendiri... jimat belanja.

Jika pakai sendiri boleh saja guna mesin jahit lurus biasa tetapi yang paling sesuai ialah mesin jahit tepi biasa.

Dapatkan KIT JAHIT STOKING dengan harga hanya RM30 termasuk kos pos (Semenanjung) tambah RM5 untuk Sabah dan Sarawak.

Hubungi/whatsapp 0123569717

www.wasap.my/0123569717/kitstoking








Thursday, December 8, 2016

BUKU OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG











OH MUDAHNYA JAHIT TELEKUNG

Sudah ada di pasaran.

Harga RM25 tidak termasuk pos.

Beli di Karangkraf Mall dan dapatkan diskaun 15%.

Beli dari penulis dapat harga RM25 tidak termasuk pos dan tiada diskaun.

TETAPI...

Anda akan dapat percuma pola bahagian bahagian telekung juga percuma pola jahit stoking.

..HANYA DARI PENULIS..

(tawaran pola pola percuma untuk belian sehingga hujung bulan Disember 2016, selepas itu sedikit bayaran akan dikenakan)



KIT JAHIT TELEKUNG

Harga RM100 termasuk pos. 

Lengkap semua bahan untuk menjahit sepasang telekung.

Whatsapp 0123569717 jika berminat.

Sunday, November 13, 2016

STOKING JAHIT SENDIRI, UKURAN POLA PERCUMA












Kaki perempuan Islam adalah aurat. Jadi wajib ditutup. Jika ada kemahiran menjahit, ada mesin jahit, ada perca kain yang sesuai cubalah jahit sendiri stoking.

Mesin yang paling sesuai digunakan ialah mesin jahit tepi biasa. Jika jahit untuk pakai sendiri, boleh guna mesin biasa tetapi untuk kemasan di bahagian dalam gunalah mesin jahit tepi.

Kain yang sesuai pulak ialah jenis yang memeri. Lycra, jersey, cotton t shirt, denim yang memeri dan apa apa material yang anjal.

Jika baru nak cuba jahit, dicadangkan guna baju t lama.

Ukuran boleh diubah, besarkan atau kecilkan mengikut kesesuaian. 

Bahagian D ialah bahagian atas buku lali, jika nak panjang, tambah ukuran. Pastikan ira kain yang paling anjal di bahagian keliling kaki. Jika silap, mungkin susah nak sarungkan kaki.





Cara mencantum ada di sini.







Thursday, September 15, 2016

NOTA DAN POLA STOKING PERCUMA







Kalau nak jahit stoking sendiri, DIY gitu, sila ke Page Ebook Jahit Stoking di Facebook. Ukuran semua ada.

Kalau beli KIT JAHIT TELEKUNG, akan dapat pola pola secara percuma.


Thursday, March 26, 2015

STOKING DIY




Stoking dijahit pelajar dalam rumah (anak le tu).
Warna cantik.
Untuk warna macam ini, sepatutnya benang digunakan kena sama warna atau hampir sama.
Ketika menjahit pastikan tindanan kain tepat supaya tidak terdapat lubang kecil di tulang sambungan.
Saiz pola boleh diubah mengikut jenis kain dan keanjalannya.
Cara ubah ukuran ialah dengan memberi basi ketika menggunting.
Ubah sikit dulu hingga dapat saiz yang sesuai dengan kaki sendiri.

Monday, February 2, 2015








Jom pakai stoking, tutup aurat kaki dengan sempurna.

Kalau pandai menjahit, cuba jahit sendiri.

Single color..mix n match semua boleh.

JOM BELI EBOOK CARA JAHIT STOKING.

Wednesday, December 3, 2014

JOM JAHIT STOKING





Mudahnya jahit stoking sendiri. Boleh ubah saiz boleh ubah ketinggiannya.  Pilih jenis kain yang agak tebal yang pasti mesti anjal.

Thursday, November 27, 2014

JOM JAHIT STOKING





Bicara gambar pertama.

Aurat yang wajib ditutup tapi ramai mungkin tidak tahu.  Jom tutup aurat dengan sempurna.

Bicara gambar kedua.

Ada kain yang anjal, ada mesin jahit, ada nota dan pola stoking dah jadi benda.

OK..bicara pendek je :)

Thursday, October 9, 2014

JOM JAHIT STOKING























Kaki perempuan Muslim ialah sebahagian daripada aurat yang perlu dijaga dari pandangan ajnabi.

Memakai stoking ialah satu cara menutup aurat.  Ramai yang masih kurang peka tentang hukum ini.

Jika anda ada kemahiran menjahit dan memiliki mesin jahit tepi, menjahit sepasang stoking tidak akan mengambil masa yang lama.

Dari menggunting kain hingga selesai mencantum bahagian akhir mengambil masa tidak sampai 20 minit.

Kain yang diperlukan pun tidak banyak. Guna saja kain perca lebihan tudung atau jubah. Yang penting kain tersebut mesti jenis yang anjal.

Stoking ini amat selesa dipakai dan banyak kegunaannya. Sentiasa simpan dalam beg tangan sepasang stoking bersih.  Bila singgah di surau atau masjid kemungkinan kainnya pendek dan jika kita pakai stoking aurat kaki lebih terjaga ketika sujud.

Stoking juga elok dipakai di dalam rumah untuk menjaga tapak kaki dari menjadi kasar.

Ketika berpantang, ibu ibu muda sangat disarankan memakai stoking supaya angin tidak masuk ke dalam badan.

Waktu malam, sapu minyak zaitun ke tapak kaki dan lain lain bahagian kemudian pakai stoking. Amalkan ini tak kira berapa usia anda.

Jadi, jahitlah stoking sendiri untuk memenuhi pelbagai keperluan.  Stoking yang dijual di pasaran memang murah tetapi sepasang yang dijahit sendiri tidak akan sama dengan yang dibeli.

Kain perca yang anjal tidak terbuang lagi.

Jahitlah mengikut kretiviti. Campur dan adun pelbagai warna dan corak. Pasti stoking anda lain dari yang lain.

Ebook dijual pada harga RM15. Pola/template kena print sendiri saiz A4.

Berminat nak beli nota dan pola stoking? sila hubungi 0123569717 atau email zairafim@yahoo.com

Friday, June 14, 2013

TUTORIAL JAHIT STOKIN


 INI IALAH TAPAK STOKIN..NAMPAK SEBELAH KANAN YANG BERTANDA 'TUMIT'..UKURANNYA KECIL SIKIT DARI SEBELAH KIRI IAITU BAHAGIAN JARI2.

 3 KEPING NI ADALAH BAHAGIAN ATAS STOKIN. PASTIKAN BAHAGIAN  PANJANG IALAH BAHAGIAN KAIN YANG PALING 'STRETCHABLE'


 KEPINGAN DI GUNTING.. KAK ZAI GUNA KAIN YANG ADA TONE.


 CANTUMKAN 'A' KE 'B'. PERHATIKAN UKURAN TEPI TU BERBEZA.


 SELEPAS DICANTUM 2 BELAH IA AKAN KELIHATAN SAPERTI INI.


 CANTUM PULAK TAPAK STOKIN. PASTIKAN BAHAGIAN TUMIT DI SEBELAH KANAN (BELAKANG)
 INI UNTUK PERGELANGAN KAKI. CANTUM TEPI.


 KEMUDIAN LIPAT KE DALAM.


KEDUDUKAN SEMUA BAHAGIAN .


DISARANKAN GUNA MESIN JAHIT TEPI HALUS UNTUK MENCANTUM SETIAP BAHAGIAN JIKA ADA. 

MENARIK JUGA JIKA KITA CAMPUR2KAN BAHAGIAN TERTENTU DENGAN KAIN BERCORAK.

DASAR UNTUK STOKIN DIJUAL PADA HARGA RM15 TERMASUK POS EKSPRES.

TUNGGU DULU.......KAK ZAI NAK BUAT COMBO DENGAN POLA TUDUNG SELISIH



HANYA RM20  UNTUK KEDUA2NYA TERMASUK KOS POS EKSPRES.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...