TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label QUICK WIN. Show all posts
Showing posts with label QUICK WIN. Show all posts

Tuesday, October 1, 2019

KURSUS JAHIT TELEKUNG QUICK WIN PARLIMEN WANGSA MAJU 18/9/19 - 20/9/19



































Kursus Jahitan Telekung Quick Win Wangsa Maju diadakan di Pusat Kegiatan Masyarakat Batu Muda Wilayah Persekutuan. (Kemas Wilayah)

Kursus bermula dengan 15 peserta pada hari pertama dan seorang peserta terpaksa menarik diri pada hari kedua.

Mereka belajar menjahit telekung Min-ta. Teknik jahitan yang boleh menghasilkan 2 jenis telekung iaitu telekung biasa dan telekung istimewa untuk pemakai cermin mata.

Mereka juga belajar menjahit beg tote yang mudah.

Alhamdulillah sepanjang kursus para peserta menjahit menggunakan mesin jenama Juki yang akhirnya menjadi milik mereka.

Didoakan semua peserta dapat menjadikan jahitan telekung sebagai salah satu sumber pendapatan.
Juga dapat menjahit untuk kegunaan sendiri dan keluarga.

Saturday, September 14, 2019

KURSUS JAHITAN TELEKUNG QUICK WIN KEMAS DI TANJUNG KARANG 10/9/19 - 12/9/19






































TANJUNG KARANG

Sejak berhijrah ke Selangor hampir 12 tahun lalu belum pernah sampai ke Tanjung Karang, Sekinchan, Kuala Selangor dan kawasan berhampiran.

Jadi kali ini kursus jahitan telekung diadakan di Bengkel Kemas Tanjung Karang dengan 15 peserta.

Bengkel terletak sebelah bendang yang menghijau, ada terusan. Memang lama tak nampak pemandangan begini. Sayang sedikit hari kedua jerebu sampai ke Tanjung Karang.

Seperti semua kursus Quick Win, peserta wajib ada kemahiran menjahit dan ada produk sendiri, penapisan calon dibuat melalui temuduga.

Ada peserta muda kali ini. Umur 19, 20, 21,22.

Hari pertama, hampir semua peserta siap jahit telekung. Kain telekung ada yang bawa balik rumah untuk dijahit.

Hari kedua, mula gunting kain untuk tote bag. Dihujung hari ramai yang dah siap jahit beg.

Majlis perasmian diadakan pada hari kedua.

Hari ketiga lebih kepada peserta menyiapkan kemasan terakhir. Masa berbaki, mereka diajar jahit stoking juga cara buat alteration telekung.

Sesi fotografi bermula.  Riuh rendah dengan hilai tawa para peserta.

Cadangan awal nak bergaya pakai telekung dan beg dengan latar belakang bendang tidak kesampaian.

Didoakan semua peserta berjaya dalam jahitan telekung di tempat masing masing.

Setiap peserta membawa pulang sebuah mesin jahit portable, steam iron dan mannequin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...