TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label Zai says. Show all posts
Showing posts with label Zai says. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

JOM MENJAHIT


Tidak dapat disangkal betapa jimatnya jika pandai menjahit sendiri pakaian. Bermula dari tudung

di kepala, baju di badan dan setokin di kaki....ya! kak zai dah boleh jahit sendiri setokin dari perca

kain lycra :)

Bagi mereka yang ada minat menjahit, dari 'O knowledge' pun boleh jadi 'expert'.

Minat memang amat penting kalau nak buat sesuatu, kita tak rasa terbeban atau tertekan

walaupun menjahit sampai tengah malam.

Kak zai jahit baju kurung yang pertama ketika umur 36 tahun..dah lama tu :) Sejak tu tak

pernah upah dah.

Belajar jahit tudung dengan zila kasim akhir tahun 2008...ramai2 berkumpul kat Bangi dari pagi

sampai petang nak dapatkan ilmu.....berbaloi....dan terima kasih zila kerana sudi berkongsi.

Dapat setokin yang unik ketika ke Sarawak...tertarik dengan setokin yang dipakai Pn Rosmawati

ada kain polos ada kain corak. Hari nak balik dapat sepasang untuk dijadikan contoh...terima

kasih Rosmah. Kain perca yang berbeg2 tu nanti ada gunanya.


Tunggu posting seterusnya......kak zai bagi tip untuk menjahit tudung.

Thursday, November 19, 2009

PENGUMUMAN

Assalamualaikum

Kak Zai ingin menyatakan disini mulai hari ini 19/11/2009, Kak Zai tidak lagi menerima apa2 lagi tempahan jahitan atas sebab2 tertentu. Maaf pada sesiapa yang ingin menempah. InsyaAllah jika keadaan mengizinkan,Kak Zai akan buka balik tempahan.


Pola Tudung masih dijual DAN Kelas Jahitan di rumah seperti biasa.

InsyaAllah Kak Zai akan jual tudung ready-made dalam waktu yg terdekat.

Monday, August 17, 2009

PENGUMUMAN

SEPANJANG BULAN RAMADHAN, KELAS JAHIT TUDUNG BERSAMA KAK ZAI AKAN DIHENTIKAN DAN DISAMBUNG SELEPAS HARI RAYA AIDILFITRI. BAGI SESIAPA YANG NAK ORDER POLA KAK ZAI JUAL SATU SET ADA 3 JENIS POLA BERHARGA RM20 TERMASUK KOS POS
ni contoh pola:



CAP











POLA ALA ARIANI










POLA ALA HAJABA








POLA ALA JAKARTA







JADI BAGI SESIAPA YANG BERMINAT NAK BELI CONTACTLAH KAK ZAI YER...TQ

Monday, March 30, 2009

assalamualaikum

been sometime since my last entry..busy..busy..pretend to be busy (ha ha)
from pc to the sewing machine, my time is occupied really.
but then time well spent keep mind and body healthy too.
anybody interested to learn how to sew 'tudung' contact kak zai ya.
0194370438
taman sri gombak.

ok ..after Zuhur straight to the sewing machine. must meet order for 'barut baby' and curtain, washing machine cover and so on and so forth..

Saturday, March 14, 2009

AWET MUDA

Growing old is inevitable. every woman wants to look young and so do I. I must say ALHAMDULILLAH because I don't look my age. Most people would be surprised if I told them I'm already in my 50's. I was born a year before Independence .
I would like share a few tips (petua) with all of you.

Once I get out of bed ..straight to the kitchen and drink a glass of water.
Try to bathe early in the morning and I mean really early before Subuh prayers.
Just before I put on my telekung I would wipe my face upwards and recite the Selawat.
Until recently I never used soap on my face. Now I use herbal soap from ANNISHA HERBAL PRODUCTS with a little scrub of course.
Must say my skin has improved a lot since I use this product.

More tips later..

Sunday, March 1, 2009

Pengenalan

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.

Minat terhadap jahitan timbul lambat dalam hidup saya. Baju kurung yang pertama saya jahit ketika umur saya 36 tahun. Mama dan nenek saya sangat berbakat dalam bidang jahitan jadi bak kat perpatah 'kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi'.
Minat saya lebih kepada merekacipta item yang comel2. Kain perca dan reja buat saya teruja. Otak akan ligat berfikir apa yang boleh dibuat dengan kain perca.
Beberapa tahun lalu saya jahit beg pensel menggunakan kain perca dari baju kurung. Guna zip yang berwarna warni. Menarik, tak payah beli beg pensel untuk anak anak. Banyak juga dapat dijual melalui kedai buku di sekolah anak.
Apalagi yang saya pernah jahit..ya..beg sandang untuk kelas mengaji. Pilih kain yang agak tebal macam kain jeans atau seluar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...