TELEKUNG UNTUK PUTERI

Monday, December 8, 2014

TELEKUNG UNTUK KANAK KANAK..TELEKUNG UNTUK PUTERI





Kata orang 'melentur buluh biar dari rebung'. Melatih anak solat pun biar dari kecil.

Jom ibu ibu, jahit sendiri telekung untuk anak anak.

Anak perempuan bagaikan Puteri.

Jahit cantik cantik telekung untuk Puteri.

Ramai ibu sanggup jahit baju Elsa seperti dalam filem Disney Frozen.  Kenapa tidak jahit telekung?

Air tangan ibu dalam masakan begitu jugalah hasil tangan ibu dalam jahitan.




Sunday, December 7, 2014

JOM JAHIT STOKING





Alhamdulillah, Dua hasil kerjatangan mendapat tempat dalam Majalah Dara.com keluaran Disember 2014.

Kain perca dimanfaatkan menjadi stoking dan juga penanda buku.

Stoking jahitan dari perca menjadi viral seketika bila mula mula diperkenalkan cara menjahitnya.
Ramai yang telah membeli nota dan pola.  Dari menjahit untuk diri sendiri ada yang menjadikan jahitan stoking sebagai perniagaan kecil kecilan.

Permintaan jahitan pukal pun ada dari peniaga peniaga.  Jika ada rezeki penjahit dan peniaga akan diperkenalkan.




Wednesday, December 3, 2014

JOM JAHIT STOKING





Mudahnya jahit stoking sendiri. Boleh ubah saiz boleh ubah ketinggiannya.  Pilih jenis kain yang agak tebal yang pasti mesti anjal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...