TELEKUNG UNTUK PUTERI

Thursday, December 13, 2018

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 11/12/18





















Selasa 11/12/18

Cuti umum untuk Negeri Selangor sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.


Kelas ini disertai Puan Aton dari Tanjung Karaang, Cik Aishah dari Kemaman dan Puan Nana dari Shah Alam.

Meriah kelas hari ini. Mereka cepat mesra.

Kak zai tunjuk contoh telekung yang tergantung di railing. Telekung putih Min-ta, teknik yang diajar dalam kelas. Juga telekung hitam berpoket. Masing masing teruja nak belajar jahit poket. Kebetulan ada zip warna warni, ok..layan saja permintaan mereka.

Peserta kelas diajar jahit teknik Min-ta.  Satu teknik dapat menghasilkan 2 jenis telekung.
Satu telekung biasa dan satu lagi telekung untuk pemakai cermin mata atau TELEKUNG MIN-TA.

Walaupun kelas selesai lewat, selepas Asar...masing masing dapat siapkan telekung.

Alhamdulillah.

Semoga ilmu yang diperolehi memberi manfaat.

Saturday, November 24, 2018

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 12/11/18



K






Kelas kali ni disertai oleh 2 peserta yang sebaya dengan Kakzai. 2 orang sahabat yang dah pencen.

Kebetulan Kakzai sedang mengalami sakit belakang pinggang selepas benda berat.  Jadinya ajak anak bantu mengajar supaya tak perlu bergerak banyak.

Kenapa gambar peserta kurang dan tidak tunjuk muka?
Sebabnya mereka dah pesan supaya jangan tunjuk gambar.

oklah kita hormat permintaan.

Untuk rekod kemudian hari nama Puan P......ziah dan Puan Y......ti

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 10/11/18











Kelas disertai 3 peserta.

Cik Suhaili dari Batu Caves.
Puan Hajar dari Shah Alam.
Puan Rasimah dari Ampang.

Kelas habis agak lewat.

Harap para peserta tidak putus asa dan terus menjahit untuk dapatkan hasil yang kemas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...