TELEKUNG UNTUK PUTERI

Thursday, February 7, 2019

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 19/1/19















Lambat sungguh update blog mengenai kelas ini.

Malas?  tak mau malas.
Anak guna laptop? Mungkin..tapi itu bukan alasan.
Bertangguh?  Rasanya itulah. Bad habit!



Ok...kelas pada 19/1/19 dihadiri 3 peserta.

Puan Ani dari TTDI
Puan Rima dari Shah Alam
Puan Habsah dari Selayang


Mereka belajar cara jahit  teknik telekung Min-ta.

Satu teknik dua hasil.

Selamat berjaya students ku.


Monday, January 14, 2019

KELAS JAHIT TELEKUNG






KELAS JAHIT TELEKUNG

CUTI HUJUNG MINGGU YANG PANJANG.

JOM BELAJAR JAHIT TELEKUNG.

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SERI GOMBAK 12/1/19





















Kelas pertama tahun 2019.


Kelas ini dihadiri 4 orang peserta.

Puan Oli dari Putrajaya.
Puan Rosnani dari Serdang.
Puan Maizaitun dan Puan Maimun dari Jerlun, Kedah. Mereka adik beradik.

Jauhnya mereka datang. Gigih nak belajar berdepan di dalam kelas.  Kata Puan Mai, mereka bertolak 12 tengahmalam dari Jerlun sampai di TBS pukul 7 pagi. Naik grab car dari TBS ke Masjid Al Khairiyah.  Selepas kelas terus ke TBS semula dengan grab car.  Bas ke Jerlun pukul 9 malam.

Semangat mengatasi kudrat.

Oli dah lama beli kit telekung dan dah pernah jahit tetapi masuk kelas untuk belajar teknik Min-ta juga berniat untuk jahit telekung untuk pesakit ekzema.

Rosnani pula dah lama tak menjahit disebabkan mesin jahit rosak dan perlu diservis.  Ok..lepas wajib  ini servis mesin tu atau beli yang baru.

Didoakan semua peserta berjaya menjahit dengan kemas selepas ini.  Praktis guna telekung lama. Itu pesanannya.

Practice makes perfect.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...