TELEKUNG UNTUK PUTERI

Friday, April 9, 2021

TELEKUNG WAKAF UNTUK ASNAF

Hari ini 9 April 2021 diserahkan 20 pasang telekung kepada wakil NGO Dana Kita.

Dana Kita beroperasi dari Gombak tetapi membawa misi membantu asnaf ke seluruh Semenanjung.

Diharapkan telekung wakaf ini akan sampai ke tangan yang berhak pada Ramadhan 1442 ini.

Diharapkan juga para penyumbang dana untuk projek kali ini diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda.

Tuesday, February 16, 2021

TELEKUNG WAKAF UNTUK ASNAF RAMADHAN 1442

Sudah siap dijahit kain batik padanan telekung wakaf.

20 helai.

Ini hanya sebahagian, jahit apa yang sempat dahulu.

Telekung akan dijahit kemudian.

Tuesday, February 9, 2021

TELEKUNG WAKAF UNTUK ASNAF RAMADHAN 1442

September 2020

Anak lelaki no2 ikut satu group dalam satu trip amal ke Melaka. Mereka agih bantuan kepada asnaf.

Kakzai pun selit beberapa pasang telekung.

Gambar ini mengingatkan kepada Tok yang bela kakzai. Setiap Rejab akan jahit telekung baru.

Telekung dulu2 simple je. Yang penting suci bersih menutup aurat.

Hari ni 27 JamadilAkhir, Tak lama lagi nak masuk bulan Rejab kemudian Syaaban kemudian Ramadhan.

Jom sumbang seikhlasnya untuk projek telekung wakaf Ramadhan 1442.

Kami jahit dan agih. Agihan terbesar melalui NGO DANA KITA. Sebab apa ngo ini? Sebab kakzai ikut perkembangan dan aktiviti mereka di fb jugak pengasasnya Cikgu Fadli Salleh. 
Lokasi pun dekat untuk penghantaran..Batu Caves..Gombak.

Sumbangan di bulan Januari sebanyak 40 pasang telekung berjaya diserahkan.
Terima kasih kepada mereka yang hantar telekung siap dijahit juga menyumbang Ringgit.

Untuk kali ini, sasaran penyerahan ialah akhir Syaaban supaya penerima dapat pakai telekung baru di bulan Ramadhan.

Sedekah yang disembunyikan adalah baik.
Sedekah yang dihebahkan pun baik.
Yang penting niat di hati.
Segalanya kerana ALLAH TAALA.

Sekecil atau sebesar sumbangan, yang menilai ialah Allah jua.

Hubungi www.wasap.my/60123569717/telekungwakaf

Wednesday, January 13, 2021

UBAHSUAI TELEKUNG

Jiran bawa telekung untuk ubahsuai bahagian muka yang agak ketat.

Sebelum tetas, mesti belek dulu.

Cari kaedah paling mudah untuk menjimatkan masa.

Untuk telekung ini, hanya perlu tukar getah di dahi yang agak pendek. 8.5" tukar ke yang panjang 10".

Hanya perlu tetas bahagian sambungan. Tarik keluar getah lama, masukkan getah baru. Jahit tindih atas getah. Jahit semula sambungan.

Siap.


Friday, January 8, 2021

POLA STOKING SIAP LAMINATE

Pola stoking ada 4 bahagian.
Siap laminate supaya mudah digunakan, tidak mudah hilang dan senang disimpan.

Tutorial cara jahit ada di youtube.
Link akàn diberi.

Harga Rm19 termasuk kos pos.

Whatsapp 0123569717

Sunday, January 3, 2021

2021 Sudah Bermula-Perjalanan Jahitan


Dimulakan dengan lafaz Bismillah.

Apa yang dijahit semalam 2/1/2021 ialah beg patchwork.

Perca kain cotton saiz kecik2 yang disimpan akhirnya dapat dimanfaatkan.

Sebenarnya ini ialah cabaran dalam group Perca Reja Dan Barang Kitar Semula di Facebook.

Setiap 2 minggu ahli group dapat satu task. Jom Jahit Bersama..buat sesuatu yang menyeronokkan.

Saturday, July 18, 2020

BANTAL LESUNG DAN SARUNG LESUNG

Viral viral. Benda simple pun bila dah viral orang akan cari.

Antara yang viral di tahun 2020 ialah bantal lesung. Biasa surirumah jika nak masak yang memerlukan bahan bahan seperti cili, bawang, halia akan menggunakan batu lesung untuk menumbuk. Terutama jika nak buat sambal belacan.

Sambal yang ditumbuk lebih sedap dari yang dikisar. Setuju tak?

Sejak Datuk Rizalman popularkan bantal lesung, ramailah tukang jahit buat production. Dan dapat sambutan.

Orang tak lipat tuala letak bawah batu lesung dah sekarang. Bukan apa..nak kurangkan hiding bila menumbuk. Bila batu lesung menerima hentakan alu, berdentum dentam bunyi di simen ke, sinki ke. Bila dialas kurang bisingnya.

Bila saya mula nak menjahit bantal lesung, ilham datang untuk jahit sarung batu lesung. Tujuannya untuk menjaga kebersihan supaya tiada makhluk cicak dan lipas dapat merayap ke dalam batu lesung. Bila yakin bersih boleh terus guna.

Maka terciptalah set bantal dan sarung untuk batu lesung di dapur.

Harga RM18/set
Tidak termasuk kos penghantaran.

Jika beli 3 set dapat penghantaran percuma.

Jika berminat boleh hubungi

www.wasap.my/60123569717


Wednesday, October 16, 2019

KELAS JAHIT TELEKUNG DI SURAU UBUDIAH SERI GOMBAK 12/10/19






























Sekali lagi kelas jahit telekung diadakan di Surau Ubudiah Seri Gombak.

Terima kasih kepada pihak pengurusan Surau.

Peserta kali ini terdiri dari kakak ipar dan adik ipar yang kebetulan mempunyai hobi yang sama iaitu menjahit, mereka juga bekerja dalam pejabat yang sama. Puan Anie dan Puan Has dari Keramat.

Seorang lagi datang dari jauh, Puan Siti datang dengan keluarga dan menyewa hotel.

Alhamdulillah mereka dapat siapkan telekung Min-ta. Teknik jahitan untuk menghasilkan telekung khas untuk pemakai cermin mata.  Teknik jahitan juga boleh menghasilkan telekung biasa. Satu teknik menghasilkan 2 jenis telekung.

Kata Puan Anie, dia belajar jahit telekung untuk jahit telekung keluarga, Anak anak tinggi jadi telekung di pasaran kurang sesuai.


Semoga berjaya menjahit telekung seterusnya.

Pahala yang berterusan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...