TELEKUNG UNTUK PUTERI

Showing posts with label STOKING. Show all posts
Showing posts with label STOKING. Show all posts

Friday, January 8, 2021

POLA STOKING SIAP LAMINATE

Pola stoking ada 4 bahagian.
Siap laminate supaya mudah digunakan, tidak mudah hilang dan senang disimpan.

Tutorial cara jahit ada di youtube.
Link akàn diberi.

Harga Rm19 termasuk kos pos.

Whatsapp 0123569717

Tuesday, June 18, 2019

STOKING








TEMPAHAN STOKING

Lama tak jahit stoking sebenarnya. Penghujung Ramadan dapat tempahan dari sebuah surau untuk 50 pasang stoking.  Stoking akan dihadiahkan kepada jemaah yang akan hadir ke majlis khatam Al Quran di bulan Syawal.

Anak anak gunting dan jahit hampir kesemua 50 pasang.

Ada beberapa pasang kena 'reject' atas beberapa faktor..jadi gunalah sendiri.

Pakailah stoking untuk menutup aurat sebab kaki itu aurat juga.


Nak belajar jahit stoking?  Sila ke Youtube Channel Zaira Zai

Saturday, October 27, 2018

KIT JAHIT STOKING








KIT JAHIT STOKING


Kit mengandungi 4 keping pola yang sudah keras dilaminate.

Tidak mudah koyak atau patah.

Tidak mudah hilang. Simpan dalam satu fail atau sampul.

Mudah diletakkan di atas kain yang hendak digunting.

Kit juga mengandungi kain yang cukup untuk dijadikan sepasang stoking dan sepasang sarung lengan.

Bagaimana menjahit sarung lengan?  Guna pola D.

Nah...anda akan dapat satu set teman kembara solat. 

Sepasang stoking bersih dan sarung lengan untuk menutup aurat ketika solat di perjalanan.

Kenapa perlu sarung lengan?  Andaikata kita boleh solat menggunakan pakaian dan tudung yang kita pakai tetapi lengan baju tidak cukup panjang menutup pergelangan tangan, masa inilah kita pakai sarung lengan.

Jika anda ada mesin jahit, bolehlah jahit sendiri... jimat belanja.

Jika pakai sendiri boleh saja guna mesin jahit lurus biasa tetapi yang paling sesuai ialah mesin jahit tepi biasa.

Dapatkan KIT JAHIT STOKING dengan harga hanya RM30 termasuk kos pos (Semenanjung) tambah RM5 untuk Sabah dan Sarawak.

Hubungi/whatsapp 0123569717

www.wasap.my/0123569717/kitstoking








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...