TELEKUNG UNTUK PUTERI

Monday, December 26, 2011

KELAS JAHIT TUDUNG..HUJUNG TAHUN

Kelas terakhir 2011.... gambar atas, Ina mejahit dan menggayakan tudung.

Kak zai bergambar dengan CT...ingatkan kelas dengan CT ialah yang terakhir untuk tahun ini tapi bila dapat panggilan dari Ina, baru teringat ada lagi satu kelas.



Azni dan Mas...



.....belajar jahit telekung.

Sesi bergambar sebelum balik.


Maka berakhirlah kelas2 untuk tahun 2011. Ada beberapa kelas yang kak zai lupa atau tak sempat ambil gambar. Apapun kak zai doakan semua yang pernah datang belajar atau membeli kit permulaan menjahit tudung telah berjaya mendapat ilmu baru dan seterusnya ilmu itu digunakan untuk menambah pendapatan atau sekurang2nya dapat menjahit tudung untuk diri sendiri dan keluarga.


Saturday, December 10, 2011

LOGO DAN MOTO


INGAT TUDUNG INGAT AURAT IKUT SYARIAT

==<>==<>==<>==<>==<>==<>==<>==

Mengapa kita pakai tudung? Adakah ia timbul dari hati? Adakah kita terikut dengan penampilan kawan2?
Atau teruja dengan fesyen tudung masakini?
Adakah kita pakai tudung kerana taat pada perintah Allah? Atau desakkan/permintaan keluarga dan suami?

Apapun alasan anda, perbetulkan niat. Niatlah kerana Allah dan pakailah sebagaimana yang dituntut.

Disebalik sekeping kain itu ada kecantikan yang hanya boleh dinilai oleh YANG MAHA MENCIPTA.

Bertudung untuk menutup aurat dan mengikut syariat.



Friday, December 9, 2011

JOM>>>>>>>giveaway

ZAIRAZONE'S FIRST EVER GIVEAWAY


December is my birth month and the date is creeping near. At 55, I feel blessed..Allah is so compassionate upon me. Whatever trial and tribulation I have gone through in life have made me wiser.

Allow me to share with 10 people some gifts from my zone.

All you have to do is...

be a follower of this blog
leave a comment below
and
if you blog about this giveaway I'll be happy
if not..its ok with me.

I'll choose the winners on the 24 December which is my birthday.
The announcement will be made on the 26 December.

What are the gifts?

Mug rugs
Dustbin covers
Shopping bags

The 10 lucky ladies will get to choose from the list above.

So ladies come join my first ever GIVEAWAY!


Siapa minat sila ke ZAIRAZONE :))))
my other blog!

Thursday, December 8, 2011

TUDUNG LABUH BERLAPIK DAGU






5 HELAI TUDUNG LABUH DENGAN LAPIK DAGU BERLAINAN WARNA
TEMPAHAN DARI SEORANG HAJJAH

LABUH 25" DARI DAGU

SENGKUAP LEMBUT TANPA PENGERAS

Monday, December 5, 2011

KELAS JAHIT TUDUNG

Bersama Azu dari Rawang....mula2 buat part time Azu pastu full time. Bekerja dari rumah asalkan berdisiplin MESTI berjaya.

Che De (Ramlah) dari Kuala Terengganu, kebetulan bercuti di Sri Gombak, terus dtg belajar.
Banyak perancangan Che De..mudah2an berjaya.


Bertahun kenal Mila di internet...sambil belajar jahit lapik dahi telekung sambil bersembang..baru Kak Zai tahu Mila ialah blogger dan forum-er yang dah kenal lama.
Mila dah pandai jahit tudung hanya datang untuk belajar bab telekung.
Sebenarnya Mila pandai jahit macam2..minat kita sama kan Mila..:)

Thursday, December 1, 2011

CARA TETAS JAHITAN

Kak zai kurang puashati dengan jahitan sengkuap ni jadi kena tetas keseluruhannya.
Terpaksa lakukan dengan cermat supaya kain tak rosak.

Guna jarum untuk putuskan jahitan...

..tarik benang seberapa panjang yang boleh kemudian tarik dengan kuat sampai putus.

Sebahagian jahitan sudah dicabut benangnya, tarik lagi benang cara yang sama hingga selesai.

Hasilnya..cepat, selamat dan kain tak rosak.



Monday, November 28, 2011

SENGKUAP TANPA PENGERAS




Gambar di atas ialah tudung yang dijahit tanpa menggunakan pengeras dan tanpa sebarang garis jahitan di bahagian hadapan.

Caranya ialah kain untuk sengkuap di gunting mengikut bahagian yang paling anjal (stretchable).

Selalunya bahagian yang paling anjal ialah mengikut bidang kain. Pastikan bahagian lipatan kain pola sengkuap diletakkan pada ira yang paling anjal dan ukuran panjang sengkuap dikurangkan..contoh dari 14" jadikan 12".

Saturday, November 12, 2011

TELEKUNG BARU


Sudah lama tak jahit telekung baru untuk diri sendiri... jadi dengan 2 meter kain cotton bidang 60"
dah cukup untuk jahit sehelai telekung tanpa kain..dan jangan lupa renda untuk hiasan.


Lapik dahi dijahit begini, kemas dan sedap dipakai
Renda tu lebar 1" je.


Kak zai lebih gemar pakai telekung selapis dengan anak telekung.
Anak telekung ini dibuat dari kain cotton spandex..nipis, lembut, anjal dan tidak panas.
Anak telekung tanpa lapik dagu.. memang tak perlu lapik sebab telekung dah berlapik.


Anak telekung ada poket berzip.
Kadang2 ke surau atau masjid dekat rumah memang tak bawa beg jadi bila ada poket senang
nak letak sedikit wang untuk sedekah.


Bila pakai kedua2..anak telekung akan menutupi dada.

Friday, November 11, 2011

TUDUNG LABUH BERLAPIK DAGU




Tudung labuh berlapik dagu dari kain lycra.

Sengkuap lembut.

Labuh 25"

Harga RM45

Warna Hitam dan Putih

Sunday, November 6, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


KEPADA SEMUA PELANGGAN DAN KENALAN

SELAMAT MENYAMBUT

HARI RAYA AIDILADHA

HAYATILAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM, NABI ISMAIL DAN SITI HAJAR

SEORANG BAPA, SEORANG ANAK, SEORANG ISTERI DAN IBU

KISAH KETAATAN MENJADI TAULADAN

HIDUP INI UJIAN

YANG SIHAT ITU UJIAN

YANG SAKIT ITU UJIAN

YANG KAYA ITU UJIAN

YANG MISKIN ITU UJIAN

MENGUJI KEIMANAN

Thursday, November 3, 2011

JARUM EMAS








JARUM EMAS NO 11

SATU BUNGKUS ADA 10 BATANG

HARGA RM10

POS EKSPRES RM3

Jika anda menjahit tudung kain lycra dengan mesin portable dan jahitan jadi melompat lompat, gunalah jarum di atas.

Wednesday, November 2, 2011

KELAS JAHIT TUDUNG


CARA JAHIT STOKIN DARI PERCA LYCRA


TEMPLATE


BAHAGIAN C - TAPAK STOKIN - KAIN WARNA HITAM SUPAYA TAK CEPAT
KOTOR. PERHATIKAN BAHAGIAN LIPATAN KAIN.
KIRI IALAH BAHAGIAN TUMIT, KANAN BAHAGIAN JARI KAKI.
IRA KAIN YANG PALING STRETCHABLE DI SINI.


BAHAGIAN B - WARNA PUTIH SUPAYA NAMPAK CONTRAST. PERHATIKAN BAHAGIAN LIPATAN KAIN


BAHAGIAN D - WARNA PUTIH. PERHATIKAN BAHAGIAN LIPATAN KAIN.
INI IALAH UNTUK ATAS BUKU LALI, PASTIKAN PANJANGNYA IALAH IRA KAIN YANG PALING STRETCHABLE SUPAYA SENANG NAK MASUKKAN KAKI.


BAHAGIAN A - WARNA DARK MAROON. BAHAGIAN DEPAN STOKIN, KAWASAN BUKU LALI. BAHAGIAN PANJANG IKUT IRA YANG PALING STRETCHABLE.


BAHAGIAN2 YANG SIAP DIGUNTING


CANTUM A KE B. PALING MUDAH JIKA ADA MESIN JAHIT TEPI HALUS.


AKAN KELIHATAN MACAM INI SELEPAS DICANTUM KEDUA2 BELAH.


CANTUM AB KE C IAITU TAPAK. PIN DULU BAHAGIAN TUMIT LEPAS ITU BAHAGIAN JARI DEPAN DIIKUTI KIRI DAN KANAN..JAHIT.


PANDANGAN ATAS


SELEPAS DI JAHIT CANTUM, CUBA PAKAI, JIKA SEDIKIT LONGGAR, BOLEH KECILKAN.


BAHAGIAN D JAHIT MACAM NI.


TERBALIKKAN D, SEDIA UNTUK DICANTUM KE ABC


BAHAGIAN BELAKANG. PERHATIKAN JAHITAN CANTUMAN DAN BAHAGIAN YANG DIGUNTING 'V'


PIN DAN JAHIT


HASILNYA SELEPAS SEMUA BAHAGIAN DICANTUM.


DAH BOLEH PAKAI...


PILIH WARNA BENANG YANG BERSESUAIAN. WARNA2 DI ATAS DIPILIH UNTUK TUJUAN TUTORIAL. BOLEH PELBAGAIKAN GABUNGAN WARNA DAN JUGA CORAK.




SELAMAT MENJAHIT :)

Thursday, October 20, 2011

TIP JAHIT TUDUNG...RENDA ATAS SENGKUAP





Seorang bakal jemaah Haji tempah tudung ziarah tapi dia nak letak renda disengkuap.

Susah juga nak cari kain renda yang boleh 'stretch' jadi kak zai beli cekak rambut renda, gunting

sambungannya dan jahit di sengkuap. Kain untuk sengkuap sekeping sahaja tak perlu 2 keping.

Cara jahit saperti biasa.

Pelanggan ni nak 2 tudung, dengan renda hitam dan renda putih.

Mudah2an dapat Haji Mabrur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...