TELEKUNG UNTUK PUTERI

Sunday, June 21, 2015

BILA TELEKUNG DAH PENDEK...














Bila anak makin tinggi, telekung akan jadi pendek.

Mungkin telekung masih elok tak perlu ganti.

Ibu boleh jimat jika pandai jahitkan sambungan di bahagian bawah telekung dan kainnya.

Ukur berapa inci perlu ditambah.

Ukur keliling bahagian bawah telekung di darab 2.

Gunting kain yang diperlukan.

Jahit kemasan tepi.

Boleh guna kain sama warna atau kain bercorak.

Mula menjahit sambil melipat sedikit mengikut jarak yang sesuai.

Jahit sampai habis dan cantumkan kain sambungan.

Jahit kemasan bawah.




























Sunday, June 14, 2015

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 13/6/15














RAMADHAN YA RAMADHAN.

Ramadhan makin hampir untuk tahun Hijrah 1436.

Ini ialah kelas terakhir sebelum Ramadhan.

Kelas yang tidak berapa dirancang. Rezeki ilmu untuk Saridah dari Setiawangsa
dan Syamimi dari Batu Caves.

Semoga berjaya menjahit telekung untuk sanak saudara, sempat lagi untuk dipakai di bulan Ramadhan.

Wednesday, June 10, 2015

Tuesday, June 9, 2015

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK









Hampir 6 bulan tak buat kelas jahit telekung.  Ini kelas pada 23 May 2015.

Nadia berkali kali hantar pesanan di whatsapp minta nak belajar dan Allah hantar seorang lagi dari Rawang iaitu Mahani.

Kejayaan menanti 2 orang pelajar ini,,inshaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...