TELEKUNG UNTUK PUTERI

Thursday, March 26, 2015

STOKING DIY




Stoking dijahit pelajar dalam rumah (anak le tu).
Warna cantik.
Untuk warna macam ini, sepatutnya benang digunakan kena sama warna atau hampir sama.
Ketika menjahit pastikan tindanan kain tepat supaya tidak terdapat lubang kecil di tulang sambungan.
Saiz pola boleh diubah mengikut jenis kain dan keanjalannya.
Cara ubah ukuran ialah dengan memberi basi ketika menggunting.
Ubah sikit dulu hingga dapat saiz yang sesuai dengan kaki sendiri.

Monday, March 23, 2015

STOKING DIY







Tiada pembaziran kain anjal jika pandai jahit stoking.

Kaki itu aurat WAJIB di tutup.

Saturday, March 21, 2015

TELEKUNG CUBAAN..



Ketika menginap di Bed and Breakfast (bnb) Akar Lima, Kulim, kami diberi telekung ini.

Simple design..lovely material.

That was in April 2014.

Agak2 ukur keluasan muka lebih kurang 2 jengkal.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Hari ini siapkan mini telekung percubaan.

Untuk tutorial template mini digunakan. Kertas kitar semula, sila abaikan lubang dan tulisan.



Bahagian atas yang saiz kecil tu adalah lapik dalam.  Bahagian bawah ialah badan telekung.
Kalau kain bidang 90" memang tidak perlu sambung, boleh terus gunting sekeping. Sesuai saiz dewasa. Contoh untuk telekung ziarah.  Kalau guna kain bidang lain memang kena jahit sambung.



Bentang dan lipat seperti dalam gambar.  Jahit tepi keliling kain sebelum melipat.  Keluasan muka 2 jengkal +- 12" ditambah 1" atau 2" tapi dalam percubaan ini keluasan ditambah banyak inci kononnya nak kedut lebih. Jahit cantum dari tanda keluasan muka ke bawah. Maksudnya cantuman depan..maaf tak ada gambar. Sila guna imaginasi anda.  Gambar akan dusahakan kemudian.



Selepas jahit cantum, hasilnya sepatutnya begini.  Sepatutnya dijahit tepi bahagian lapik dalam ini tetapi disebabkan keterujaan nak mencuba, terlupa pulak.


Seterusnya,  jahit lapik dagu.  Ukuran panjang 11" lebar 2" tak perlu lengkung. Jahit tepi lapik dagu dan jahit ke bahagian bawah luas muka.  Kemudian jahit lurus 3 garisan dari hujung lapik dagu ke hujung satu lagi. Lihat gambar di atas.




Tarik benang bawah jahitan yang pertama.  Boleh tengok sini untuk cara tarik benang.
Benang yang berjuntai ditarik keluar di bahagian luar dan diikat atau disimpul. Bahagian dalam akan kelihatan kemas.





Jahit sepasang tali pengikat, panjang 18".  Untuk hiasan dan kemasan, jahit renda kecil di atas kedutan. 



Hasilnya....
Lain kali keluasan muka kena kurangkan supaya kedutan tidak terlalu padat dan banyak.

Monday, March 16, 2015

TELEKUNG FEST 2015 BUSANA MARA KUALA LUMPUR












Buat julung kali diadakan satu festival khas untuk pengusaha telekung di Malaysia.
Festival dianjurkan oleh Pasarnita di bawah Pejabat Dato Seri Shahrizat Jalil.

Festival di adakan di Marakesh Busana MARA yang terletak di tingkat 4.
Perasmian dilakukan oleh Dato Seri sendiri pada hari Jumaat 13 Mac 2015.


Saturday, March 7, 2015

TELEKUNG UNTUK PUTERI










Anak anak sentiasa membesar, meninggi. Pasti setiap tahun ibu ibu kena jahitkan telekung baru.


Belajar jahit telekung untuk puteri anda,  Hiasi dengan renda warna warni yang akan menceriakan telekung itu.  Puteri anda pasti teruja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...