TELEKUNG UNTUK PUTERI

Tuesday, April 26, 2016

TELEKUNG RAMADHAN




EDISI RAMADHAN



KHAS UNTUK RAMADHAN 1437


TELEKUNG HAWAA FIRDAUS RAMADHAN

HARGA RM60 DAN PERCUMA SEPASANG STOKING


MERAIKAN RAMADHAN YANG BAKAL TIBA.

HAWWA FIRDAUS menawarkan telekung edisi RAMADHAN.

Harga ISTIMEWA RM60.

PERCUMA SEPASANG STOKING.


Ukuran dari dagu 31"
Ukuran belakang 45"


Telekung sahaja tanpa kain tanpa poket.

Saiz muka M dan L.

Telekung HAWWA FIRDAUS RAMADHAN
tidak labuh dan sangat sesuai untuk dipakai ketika mengerjakan solat berjemaah.
Labuh telekung tidak akan mengganggu jemaah di sebelah menyebelah.
Jenis kain Poplin cotton.

STOKING HAWWA FIRDAUS dijahit menggunakan jenis kain yang tebal dan tidak licin sesuai dipakai ketika solat.
Warna stoking mengikut stok yang ada.

Monday, April 25, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 24/4/16
















Nor dari Cheras jadi peserta tunggal sebab seorang lagi dari Cheras juga tak dapat hadir atas sebab keluarga.  Tak apa, kelas di bawa ke hadapan.

Nor memang dah pakar amenjahit jadi tak ambil masa lama untuk belajar ilmu baru.

Selamat berjaya didoakan untuk Nor jika pilih untuk berniaga telekung.

Friday, April 22, 2016

STOKING DIY






Lama sungguh tak jahit stoking untuk diri sendiri. Jumpa kain denim ni dalam simpanan, sesuai sangat untuk dijadikan stoking. Kain ada 2 tone warna jadi tak perlu cari kain lain untuk beri sentuhan 2 warna kepada stoking.

Bahagian atas buku lali dipanjangkan supaya tidak nampak aurat jika kain terselak.  Maknanya bahagian itu, kita boleh panjangkan ikut selera kita.

Wednesday, April 13, 2016

KAIN TELEKUNG UNTUK WAKAF







Pernahkah kita solat di masjid atau surau dan mendapati kain yang digantung bersama telekung agak pendek, tak cukup lebar atau mungkin getah pinggang dah rosak?
Pernahkah kita lihat jemaah di hadapan terselak kain dan aurat terdedah dan kita pula jauh untuk betulkan?
Pernahkah kita lihat jemaah memakai kain telekung dengan getah pinggang paras punggung?
Pernahkah kita terfikir, ini yang menyebabkan getah cepat jadi kendur dan rosak?
Pernahkah kita terfikir kenapa susunan telekung selalu lintang pukang?
Pernahkah kita terfikir ini terjadi sebab jemaah terpaksa mencari kain telekung yang sesuai ikut keperluan saiz badan.
InshaAllah semua masalah di atas dapat diatasi jika kain telekung dijahit dengan saiz yang betul, pinggangnya ada getah dan tali.
InshaAllah semua jemaah boleh pakai hatta wanita mengandung.
Kami, pengusaha telekung ‪#‎HAWWAFIRDAUS‬ ingin menawarkan kain telekung dengan ciri ciri yang sempurna untuk Tuan dan Puan wakafkan.
Harga sehelai RM25.
Tidak termasuk kos penghantaran.
Whatsapp 0123569717
1 Rejab.
Ramadhan semakin hampir.
Semoga segala amalan dapat pahala berganda.
(kain telekung contoh di dalam gambar gambar adalah dalam bentuk miniature, comel gitu)

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 10/4/16













Kelas kali ini disertai 2 beradik dari Pantai Dalam.

Puan Amidah dan Puan Anita.

Tinggal di kejiranan yang sama akan memudahkan mereka menjahit telekung sebagai satu kumpulan.

Semoga niat murni kedua2nya tercapai.

Wednesday, April 6, 2016

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 3/4/16












Puan Noorlida dari Rawang.



Cik Hani dari Kota Damansara.






Kelas hari Ahad 3/4/16.

Bila tukang jahit berpengalaman belajar jahit telekung untuk mahirkan bahagian tertentu maka siapnya pun cepat. Itu Puan Noorlida .

Hani tak kurang hebat.  Begitu bersemangat nak belajar jahit telekung walaupun tak pernah jahit lepas kelas di sekolah dulu. Pertama kali berhubung, Kakzai bagitahu tak ajar mereka yang 'zero knowledge' tentang jahitan.  Tanya lagi kalau ada mesin jahit di rumah. Jawabnya tak ada. Kalau betul nak belajar, beli mesin jahit dan cuba jahit lurus lurus dulu.
Selang beberapa minggu, Hani bagithau dia dah beli mesin jahit dan nak masuk kelas. Wah! semangat sungguh ni!

Yang gambar kotak tu mesin jahit baru Hani :)

Tahniah kepada kedua2nya. Semoga berjaya dalam jahitan telekung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...