TELEKUNG UNTUK PUTERI

Friday, November 20, 2015

PROMOSI HARGA COMBO 2 BUKU









ASSALAMUALAIKUM.

Jom menjahit telekung, ilmu sepanjang hayat, pakaian ibadat, rezeki yang berkat.

Menjahit sendiri pakaian ibadat adalah suatu kepuasan.  Ia mungkin tidak glamor tapi pahala menjahitnya adalah berterusan.

Anda juga boleh mejahit telekung untuk diwakafkan, disedekahkan. Bayangkan pahala yang dapat bila orang beribadat dengan memakai telekung yang kita jahit.

Nak jadikan jahitan telekung sebagai satu perniagaan pun boleh.  Ia satu industri yang sentiasa berkembang.

Buku TELEKUNG UNTUK BONDA disertakan dengan 4 pola iaitu pola untuk lapik dahi dan dagu, pola untuk saiz muka dan pola lapik dalam telekung.

HARGA PROMOSI 2 BUKU IALAH RM60 TERMASUK POSLAJU.

PERCUMA....POLA UNTUK JAHIT STOKING BERNILAI RM18.

JOM JOM..TARIKH AKHIR HARGA PROMOSI IALAH 25/11/15.


UNTUK RESPON YANG CEPAT..WHATSAPP 0123569717.

Monday, November 16, 2015

SEHARI BERSAMA PENGASAS TELEKUNG SITI KHADIJAH DI BANGI SENTRAL















JEJAK SITI KHADIJAH

SABTU 14 NOVEMBER 2015.

Siapa tidak kenal jenama telekung SITI KHADIJAH?

Sudah gah seantero Malaysia, Brunei dan Jakarta Indonesia.

Jadi apabila pengasasnya Puan Padhilah Enda Sulaiman menawarkan satu perjumpaan berbayar, ia satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Lokasi ialah di bilik seminar yang bertempat di tingkat atas Butik Siti Khadijah di Bangi Sentral.

Hebatnya Bangi Sentral, dipenuhi butik butik jenama terkenal.  Seolah olah semua jenama yang biasa di lihat di alam maya ada di situ.

Program bermula pukul 9 pagi dan berakhir 5 petang.

Hari bersama Puan Padhilah dan team SK penuh dengan perkongsian pengalaman dan ilmu yang dikongsi juga oleh suami Puan Padhilah dan anak ke dua beliau.

Sebenarnya bukan senang nak senang,  pahit jerih di sebalik sesuatu kejayaan itu tak ramai yang tahu kecuali diberitahu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...