TELEKUNG UNTUK PUTERI

Friday, June 27, 2014

TELEKUNG UNTUK PUTERI (KANAK2)








Gabungan warna putih untuk kain dan biru untuk renda cukup menyerlah. 

Untuk telekung kanak2 penggunaan getah untuk lapik dahi dan pengikat kepala adalah lebih sesuai.

Kikek di bahagian dagu.

TELEKUNG UNTUK PUTERI....sebuah buku panduan menjahit telekung kanak2 sedang ditulis.

Monday, June 23, 2014

LAPIK DAHI DAN LAPIK DAGU UNTUK DIJUAL





Set lapik dahi siap bertali dan lapik dagu.

Jika anda ingin jahit semula telekung lama yang mungkin kurang selesa di bahgian muka, dapatkan set lapik saperi dalam gambar.

Saiz dewasa.

Harga RM12 tidak termasuk penghantaran.

KELAS JAHIT TELEKUNG DI MASJID AL KHAIRIYAH SRI GOMBAK 21/6/14










Alhamdulillah, kelas terakhir sebelum kita menyambut Ramadhan 1435.

Siti dari Ahah Alam dan Azilah dari Bukit Permata.

Kemas jahitan masing masing.

Kak zai doakan ilmu jahit telekung ni akan memberi keberkatan.

Tuesday, June 17, 2014

KELAS JAHIT TELEKUNG KANAK KANAK MASJID ALKHAIRIYAH SRI GOMBAK 14/6/14




























Sempena menyambut Ramadhan 1435, satu kelas menjahit telekung kanak kanak diadakan di Masjid al Khairiyah Sri Gombak.

Enam ibu menyambut pelawaan belajar jahit telekung kanak kanak dan mereka berjaya siapkan kecuali seorang.  Disebabkan mesin jahit meragam maka beliau hanya belajar teori dan memerhati. 

Di dalam gambar paling bawah ialah dari kanan, Ruzi, Izwah, Sya dan Emi.  Tiqah dan Khalijah pulang awal.

Mudah2an sedikit perkongsian ilmu memberi manfaat kepada yang hadir.

Monday, June 9, 2014

SARUNG KUSYEN DRESDEN PLATE







Jahitan suka suka berpunca dari perasaan ingin tahu. Pertama kali jahit dresden plate.

JAHITAN AMAL UNTUK TELEKUNG WAKAF 1/6/14 DAN 8/6/14


















Mengeratkan silatulrohim guru dan peserta kelas jahit telekung dan pembeli buku panduan jahit telekung, maka kami berkumpul di Alam Damai di production house Iman Home Decor, menjahit telekung untuk tujuan wakaf. 

Inshaallah semua telekung akan dihantar ke Sabah untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...