TELEKUNG UNTUK PUTERI

Saturday, May 25, 2013









ONLY SITI..SITI ALONE..:)
Hari ni rezeki Siti untuk dapat perhatian cikgu dalam kelas jahit telekung. Siti yang pada mula risau dan ragu kerana kurang mahir menjahit dapat siapkan telekung dengan jayanya. Lapik dahi ala smocking nampak kemas. Bahagian tertentu saperti dagu akan dapat diperbaiki  bila praktis jahit lagi.
Kak zai doakan Siti berjaya menjahit lebih banyak telekung selepas ini.

Friday, May 10, 2013

JUBAH..CARA AMBIK UKURAN


Tahun 80an, masa masih bekerja, dapat gaji beli kain cari tukang jahit. Masa tu ready made tak banyak di pasaran. Ada 2 orang tukang jahit yang Kak Zai biasa upah. Salah sorang bila dimintak cara ambik ukuran dengan senang hati melakar atas kertas..."ok macam ni...A..B..C..D.." Amboi laju dia garis2 dah jadi rajah.
Kak Zai simpan lama gak rajah2 yang dia lukis. Kalau tak silap tahun 90an baru mula jahit jubah sendiri. Jimatlah perbelanjaan tak perlu upah kalau nak pakai jubah yang simple.
Di sini Kak Zai kongsikan ilmu..mudah2an ada sedikit pahala untuk dibawa kekubur. 






Selamat mencuba..InsyaAllah. O ya..tambah basi ketika menggunting kain.






Rajah ini pula kak zai share dari hasil kerja adik. Kalau nak tengok blog dia sila ke blog kak zai yang lagi satu..zairazone tu. Adik half Korean, kot nak ode kimchi boleh la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...